Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas Kelantan mengumumkan untuk menjadi negeri dengan keupayaan WiFi menjelang 2011, kini Selangor turut sama mengumumkan hasratnya. Melalui projek yang dipanggil HyWIN (Hybrid Wireless Infrastructure Network), Selangor akan mula menyediakan kemudahan internet tanpa wayar yang dijangka bermula di Sah Alam pada 1 Januari 2010 kelak.
Melalui perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Selangor dengan Prosontech Sdn Bhd, kerajaan negeri Selangor mensasarkan tahun 2015 untuk menghubungkan seluruh Selangor dengan kemudahan HyWin ini, sekaligus menaikkan taraf hidup rakyat Selangor. Bersama-sama dengan ini, dasar U-Wisel (Ubiquitous Wi-Fi Selangor) dirangka, untuk memastikan projek pembinaan infrastrurtur internet jalur lebar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dasar U-Wisel ini merupakan campuran di antara talian tetap dengan jaringan tanpa wayar bagi memastikan projek pembinaan infrastruktur internet jalur lebar dilaksanakan dengan jayanya.
Mungkin dalam masa terdekat ini, kita boleh melihat perkembangan sihat di negeri Selangor dan juga Kelantan. Dan mungkin negeri-negeri lain turut sama akan mula memberikan perhatian serius dalam menghubungkan rakyat dengan alam maya.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Penting internet bagi negeri-negeri ini. Internet tidak boleh dikawal oleh kerajaan persekutuan.
dah kira bagus nih
masyarakat semakin maju
hehe
wooww power ni..boleh lah online sakan
kelajuan internet penting.cuba tengok negara maju
kelajuan internet menjadi keutamaan.
wah. ini sudah bagus! xperlulah menebalkan muka surfing di kedai yg ada wi-fi. uhuhu.
Tahniah kerajaan PR.oppsss..
hehe..
apa2 pun bagus la..sbb semua ni memudahkan urusan rakyat.ye tak..
wah, bagusnya. merata la leh online. hehe…nak duk selangor plak…huhu
aku harap niat mereka untuk menyediakan internet infrastuktur ini tidak menjadi omongan dari segi perkhidmatannya.
selama ini kita terlalu lama dimomokan dengan perkhidmatan yang ntah apa-apa. apa yang kerajaan negeri lakukan biarlah benar-benar mengikut spesifikasi yang diperlukan dan berbaloi.
wahh! Surf di mana mana,best tu
waaahahaha…
best ah aku duk shah alam..
leh gune internet laju…
bgus krajaan rakyat!
hua3
Hehe… Mantap tuh.
Pergh…makin menjadi-jadi selangor
lepas satu2
hai…kalau selangor aja bwat
tak merasa aku tempiasnya
apa jadi dengan selangor la ni. rakyat dah dibodoh bodoh kan . mana itu hywin yang dikatakan bermula di shah alam ? roziah sibuk dengan sathiar group nya. khalid sibuk dengan eli ….. alahai selangor.
prosontech sudah jadi pontek gitu gitu …. pathetic simply pathetic
apa jadi dengan selangor la ni. rakyat dah dibodoh bodoh kan . mana itu hywin yang dikatakan bermula di shah alam ? roziah sibuk dengan sathiar group nya. khalid sibuk dengan eli ….. alahai selangor.
prosontech sudah jadi pontek gitu gitu …. pathetic simply pathetic