29Jul

Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru

Web 2.0

Setelah sekian lama memperkenalkan Twitter, hari ini pihak pembangunnya memberikan nafas baru kepada Twitter dengan memperkenalkan rekabentuk baru untuknya. Menariknya, rekabentuk laman baru ini, mengetengahkan fungsi carian berbanding rekabentuk yang lama.

Twitter
Rekabentuk Baru Twitter

Sekiranya sebelum ini terdapat pautan video untuk perkenalkan apa itu Twitter, kini ianya tiada lagi. Mungkin kerana kini Twitter sudah lagi tidak perlu diperkenalkan. Ianya sudah menjadi satu fenomena, dimana para ahli politik dan artis juga sudah menggunakannya.

Rekabentuk baru ini mengetengahkan fungsi carian. Twitter memang menjadi salah satu platform masa-nyata dimana ramai pengguna berkongsi maklumat dan berita dengan lebih pantas berbanding platform yang lain. Oleh itu, fungsi carian yang diketengahkan padanya mungkin boleh menjadikannya sebagai pesaing di arena enjin carian kelak.


WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5
WordPress 3.0.4 Membawakan Kemaskini Sekuriti
Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Mudah.my Dan Lowyat.net Diserang DDOS
Twitter Memudahkan Para Pemilik Web Mengukur Trafik Dari Twitter Melalui Twitter Web Analytics

7 Komen

  1. taeone pada 29 Jul 2009

    wow cun la yg baru ni..
    seharusnye google buat mcm ni,tak lah putih boring je..

  2. finalcross pada 29 Jul 2009

    simple & cool. ;)

  3. megat pada 29 Jul 2009

    dah sepatutnya twitter bertukar wajah. memberi nafas baru. user pun dah semakin membiak!

  4. Sham Hardy pada 29 Jul 2009

    tapi syg.. twitter masih tak mendapat full profit daripadanya

  5. Kreuger pada 29 Jul 2009

    memang dah sampai mase twitter perlukan perubahan.
    perkara yang dinanti sekian lama oleh oldtimer twitter semua
    ehehehe… perkembangan menarik siot.. thanks bro~

  6. aidilx pada 29 Jul 2009

    napa mood bertwitter aku kurang tak seperti mood aku ber Facebook.. huhu

  7. myadlan pada 31 Jul 2009

    aku suka design twitter yang baru. tapi mcm twitter search pun ada gak..


Tinggalkan Komen Anda