13Jul

Windows 7 Build 7600 Adalah Versi RTM?

Microsoft

Setelah melepaskan Windows 7 RC pada bulan Mei, kini pembangunan Windows 7 sudah mencapai tahap RTM (Release-To-Manufacturer). Windows 7 Build 7600 yang kini mulai tersebar di beberapa laman torrent dikatakan adalah versi RTM. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada Microsoft.

Windows 7 Build 7600
Windows 7 Build 7600

Seperti versi-versi pembangunan sebelum ini, versi pembangunan kali ini juga berasal daripada Rusia, dan menurut laman Wzor, Build 7600 adalah berkemungkinan besar adalah versi akhir Windows 7 RTM. Daripada tarikh yang didapati pada versinya (6.1.7600.16384.win7_rtm.090710-1945), kita dapat melihat yang mana ianya telah dihimpunkan pada 10 Julai, iaitu tiga hari sebelum ini. Sebelum ini, dikatakan Windows 7 RTM akan dihimpunkan pada Julai 13, dan berkemungkinan besar, mungkin terdapat versi yang lebih terkini daripadanya.

Windows 7 dijangka akan dilepaskan pada 22 Oktober 2009, dan pembangunannya dilakukan dengan amat drastik sekali buat masa ini. Masih tiada sebarang perubahan pada versi RTM berbanding dengan versi RC, kecuali perubahan pada wallpapernya. Mungkin terdapat sedikit perubahan yang masih belum dikenal pasti buat masa ini, yang mana mungkin akan diumumkan oleh Microsoft dalam masa terdekat ini.


Microsoft Memperlihatkan Windows Phone 7 Series
Windows 8 Akan Membawakan Modern Reader?
Tiada Menu Start Pada Windows 8?
Windows 8 Diperlihatkan - Versi Pembangunan Boleh Dimuat-Turun Bermula 11 Pagi Ini
Windows Phone 8 Bakal Diperlihatkan Pada MWC 2012 Kelak?

13 Komen

  1. kita pada 13 Jul 2009

    macam-macam cara Microsoft ni nak cari duit erk…..

  2. Azahari pada 13 Jul 2009

    hm…. harap-harap stabil dan pantas jangan jadi macam Vista atau Windows Millennium sudah ler…hehe

  3. Anarm pada 14 Jul 2009

    windows 7 sgt hebat.. berbaloi baloi~

  4. blowie pada 14 Jul 2009

    harap2 windows 7 leh support banyak game

  5. safar pada 14 Jul 2009

    sempat buat Os baru.asal lebih dan kuasa cukuplah.

  6. megat pada 14 Jul 2009

    harapan tinggi kepada pengguna poduk microsoft! stable dan reliable spt win xp. dan tidak spt win vista!

    tapi jangan lakukan kesilapan dgn harga yg tinggi spt vista!

  7. xflixz pada 14 Jul 2009

    Yerp..aku pengguna tegar windows 7 sejak Beta lagi..memang tak cari lain dah.hehe.

  8. JHafiz pada 18 Jul 2009

    satu je yg saya perasan pasal windows 7. xde butang show desktop… ouch.. seksa betul nak turunkan satu2 folder

  9. Arib 2020 pada 19 Jul 2009

    Kepada JHafiz,
    Kedudukan button Show Desktop dlm Windows 7 ni telah ditempatkan di sebelah kanan Jam dan Tarikh.
    Harap maklum :)

  10. hydir pada 20 Jul 2009

    Win7 RC tgh try kat desktop
    tunggu Chrome OS lak … :)

  11. yen pada 23 Jul 2009

    mmg ada style lah… dah pkai sejak 1st version beta yang kluar.. laptop aku pkai win 7 built 7057, pc pkai win7 built 7600.

    Hopefully, microsoft akan pasarkan dengan harga yang lebih rendah, boleh laa aku beli yang ori..hehehe

  12. Amirz pada 07 Sep 2009

    Saya udah install Windows 7 RTM, yach build 7600 emang RTM, i just downloaded it from Torrent hehe

  13. Kaizer pada 07 Sep 2009

    Membazir je beli bro kita guna bkn utk organisasikan.guna utk personal,lebih baik simpan duit tu bagi org yg lebih memerlukan…hehehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader