Archive for August 2009

  • Kemaskini Twitter Dengan SMS Melalui GladlyCast

    Sebelum ini, saya sering mengemaskini Twitter dengan menghantar SMS ke nombor antarabangsa Twitter, yang mana menelan belanja sebanyak RM0.20, tetapi kini saya sudah dapat menjimatkan kos dengan adanya gladlyCast. Sama seperti SMS2Twit yang diperkenalkan tidak lama dahulu, gladlyCast turut sama menyediakan nombor tempatan untuk mengemaskini status Twitter melalui SMS.

  • Fungsi Memilih Senarai Penerima Pada GMail

    Sebelum ini, setiap kali anda ingin menghantar emel melalui GMail, anda terpaksa taip secara manual pada ruangan emel penerima, dan anda akan diperlihatkan dengan senarai emel cadangan. Kini, Google mempermudahkan kerja anda dengan memperkenalkan fungsi untuk memilih alamat emel penerima dengan lebih mudah.

  • Nyah-Aktif Fungsi AutoRun Pada Windows XP dan Vista

    Mungkin ramai pengguna Windows sedia maklum, salah satu sebab mengapa sistem operasi mereka dijangkiti virus adalah disebabkan oleh fungsi AutoRun pada Windows. Untuk mengatasinya, Windows 7 kelak akan menyahaktifkan fungsi tersebut, dan menariknya, anda juga kini boleh menyahaktifkannya pada XP dan Vista.

  • Snow Leopard Di Datangkan Bersama Anti-Malware?

    Seperti sedia maklum, Mac OS X 10.6 yang juga dikenali sebagai Snow Leopard akan dilepaskan pada hari Jumaat ini secara rasminya. Menariknya, hari ini beberapa laporan memperlihatkan yang mana Snow Leopard bakal didatangkan dengan fungsi antimalware.

  • Opera 10 Bakal Di Lepaskan Tidak Lama Lagi

    Setelah melalui segala fasa pembangunan sebelum ini, kini pelayar web Opera sudah pun menjejaki fasa terakhir pembangunannya, iaitu fasa Release Candidate (RC). Dengan Opera 10 RC yang dilepaskan semalam ini, ianya memperlihatkan pelayar web Opera ini sudah menghampiri versi penuh dan bakal dilepaskan dalam masa terdekat ini.

  • Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial

    Selain GMail yang mendapat perhatian para pengguna seluruh dunia, Yahoo! Mail juga merupakan salah satu aplikasi emel web yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, pihak Yahoo! memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk perkongsian gambar, pengintegrasian aplikasi pihak ketiga, selain memperkenalkan beberapa fungsi sosial ke dalam Yahoo! Mail.

  • Yahoo! Messenger 10 Beta Sedia Di Cuba

    Salah satu aplikasi dari Yahoo! yang diminati oleh para penggunanya adalah Yahoo! Messenger. Selepas memperkenalkan Yahoo! Messenger 9 pada tahun lepas, kini mereka sudah mula membangunkan versi terkini YM! iaitu Yahoo! Messenger 10. Versi beta YM! 10 sudah boleh dimuat-turun dan diuji oleh para penggunanya buat masa sekarang ini.

Halaman 1 daripada 712345»...Terakhir »