Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Reuters melaporkan hari ini, Malaysia, kini dalam perancangan untuk memperkenalkan tapisan Internet, sama seperti suatu projek yang ingin dilaksanakan di China pada suatu masa dahulu. Ura-ura ini katanya mula kedengaran sejak daripada perhimpunan yang diadakan tempoh hari di ibu negara, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, budaya internet di Malaysia telah mengubah tanggapan politik terhadap parti memerintah, yang mana digunakan oleh pembangkang kerana media massa utama dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Beberapa akta juga telah digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk menahan blogger tanpa sebarang perbicaraan di bawah Akta ISA.
Seorang sumber yang tidak ingin dikenali memberitahu Reuters, bahawa kerajaan dalam perancangan untuk memperkenalkan tapisan Internet (Internet Filter), yang mana mungkin diimplementasikan pada akhir tahun ini, ataupun pada tahun hadapan. Selain daripada itu, sumber tersebut juga mengatakan bahawa lebih kurang 4 kumpulan telah menghantar tender untuk projek ini. Masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak kerajaan buat masa ini.
Sebelum ini, dikatakan bahawa Malaysia merancang untuk mengandakan penggunaan internet kepada lebih 50% menjelang hujung tahun ini, melalui projek Broadband yang baru. Selain daripada itu, kerajaan Selangor dan Kelantan juga masing-masing ingin memperkenalkan WiFi di negeri mereka dalam tahun akan datang.
26 Komen
Tinggalkan Komen Anda
alamak. jgn block PeRON ok. haha.
LOL.
no peron no life? LOL
memang celaka la kalau camnih.. ni sapa punya keje nak ngaku nih? adoiiii… orang lain buat taik, orang lain dpt padah.. sial betol!!
I HATE POLITICS!!!
apalah nasib pengguna malaysia. selepas ini nya amat memboringkan. skang ni memang dah tak tengok tv sebab ada internet.
klu internet dah memboringkan nak layan apa lagi? semakin parah lah kehidupan remaja.
Adakah kerajaan masih dikatakan ‘bersikap terbuka’ sekiranya langkah ini diambil?
pengguna internet malaysia kena buat rally mcm 1 ogos hari tu kalo mende ni jadi betul.. ha ha..
*tolonglah jangan..*
adeh.
semoga ianya membawa kebaikan.
Blogger patut buat demonstrasi jugak kot
um.. pada blok laman web/blog politik.. lebih baik blok laman web lucah tu lagi bagos. Dalam Islam ade politik. if tak tahu belajar.
adeh tolong lah jangan..seksa tul..duk ipta ni pun dah bertapis2 bende tak ptt tapis pun..adeh..ni kan double tapis..hu3
adehh.. main block2 plak dah.. pesal laa pelik sgt ni…
kalo dibuatnye bende ni, pasni merempit jela aku..
jgn nak salahkan mat2 rempit plak sudah..
hangpa yg x reti mikir.. demmit
Aku kdg2 skt ati ngan org yg fanatik ngan politik ni,sggup wat perhimpunan mrapu yg menjejaskan ketenteraman awam, justeru kerajaan tk teragak-agak lg nk banteras si fanatik tu. tau bikin huru-hara je. tk bersyukur lg ngan keamanan yg ade. ni nk tmbhkan lg kerosakan…aduiii. Maka sekat internet la jwpn si kerajaan ni. hmmmm
laman porno blogspot yg heboh dgn gmbr vvip pun da kna BANG!
laman itu bermula dengan huruf G. leh rujuk alexa mesia.
gutter??
guttertuuuutt ek?
tukar pkai open dns..
bleh je bukak.. keh keh..
jangan la sekat…adehh..dengan internet ni la kita dapat tahu kebenaran..kan2..hehe..dan sebaliknya..
kalo Tun M tahu ni mesti dia marah..dia penah ckp bukan polisi dia untuk sekat internet ni..bak kata pak lah..biaq pi la depa nak buat pa..haha.. =)
p/s: jgn saman saya,saya org miskin..huhuuhh.. (amek ayat khai) ;p
wah…ini akan mendatangkan masalah ni…ades…ini gara2 sikap org yg tak bertanggungjawablah ni…ades
Di mana privacy? Dah macam negara komunis plak nie. Dah la internet pun dah slow, nak tapis lagi. Haih…
♥♥ Salam semua! Ramaikan pengunjung blog anda @ http://www.imcurtain.com ♥♥
wah, susah jugak kalau macam ni, lepas ni baca utusan malaysia je la. Kalau tak pun berita harian. Adeh…
gile ape nak block… tak setuju la..
better depa pikirkan jalan nak selesaikan
masalah internet yang slow macam siput kat
malaysia ni daripada depa dok bazir beli projek
internet filter yang blom tentu menyelesaikan
masalah kelembapan internet negara.
pasni nk wat keje pn susah la..
nk wat research skit, kene block..
search skit, block..
pastu ramai xleh wat keje, lepak cafe pekena teh tarik..
pastu ckp pekerja malas.. skang zaman intenet la..
lg bagus kalo lajukan.. xde la ramai yg sakit ati..
ni kalo block lg wat sakit ati..
xyah block2.. 1Malaysia!
Kalau semua nak salahkan kerajaan lama(selangor la tu), arak nak salahkan kerajaan lama, gangster nak salahkan kerajaan lama, isu Buah pala nak salahkan kerajaan lama, habih ko pr buat hapa,
nak goyang kaki, makan gaji buta? Itu namanya kerajaan kepala bapak koo….
Psl filter ni pn nk salah kn juga ke ? tolol
@Bera : Ini tiada kena mengena dengan politikus dan kerajaan Selangor. Sila baca dan fahamkan artikel betul2. Thanks.
huh.. amat bersedih dengan hal ni.
kita guna media yang ada.. diorng guna blog..
kita guna juga blog.. tapi blog kita tak popular
kita nak blog kita popular.. kita sekat blog mereka !
apa neh? populariti paksaan ka?
p/s: kalau nak ikut china.. baik suh google buang semua porn site untuk search google.my.. dapat gak pahala.. jihad buang benda jahat (tak elok) untuk rakyat. haiz !
Saya setuju sangat, tapi untuk bahan porno dan lucah sahaja.
Sekat laman yang tak berapa sihat.
laman lucah sekat je.