23Aug

Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru

Perisian, Sekuriti

Avast merupakan salah satu antivirus percuma yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, Avast sudah pun mempunyai antivirus percuma versi 4.8, dan kini Avast Free Antivirus 5.0 Beta sudah pun boleh dicuba dan diuji oleh para pengguna sekalian.

Avast 5.0 Beta Free AV
Antaramuka Avast 5.0 Beta Free AV [via]

Ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan belum semua komponen dalam antivirus tersebut yang boleh digunakan buat masa sekarang ini. Salah satu perubahan drastik yang diperlihatkan pada Avast 5.0 ini adalah antaramukanya yang telah diubah kepada antaramuka yang lebih ceria berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, rekabentuk baru ini masih belum selesai sepenuhnya, dan akan diperkemaskini dari masa ke semasa. Penggunaan nama juga telah diubah daripada Avast Home Edition kepada Avast Free AV.

Selain daripada itu, Avast 5.0 Beta ini masih belum dikenal pasti oleh sistem Windows 7. Sekiranya anda memasang Avast 5.0 Beta pada sistem operasi Windows 7, ianya masih akan menunjukkan sistem anda tiada antivirus yang terpasang. Versi beta ini juga masih tidak menyertakan beberapa tetapan penting yang bakal diintegrasikan dalam versi 5.0 kelak.

Anda boleh memuat-turun Avast 5.0 Free AV Beta daripada laman forum mereka. Walaubagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan tidak digalakkan digunakan pada mesin utama anda. Versi akhir Avast 5.0 Free AV dijangka akan menemui para pengguna pada bulan Oktober kelak.


Google Chrome Kini Menyokong Hotmail
KOffice 2.3.0 Di Lancarkan
Canalys : Android Melangkaui Symbian
Nokia Maps Akan Diintegrasikan Pada Bing Maps?
Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP

16 Komen

  1. Kill-Vearn pada 23 Aug 2009

    hohoh agak semat interface dia.. but avira still da best

  2. xun pada 23 Aug 2009

    wah. lebih kemas. petang tadi baru tukar kepada Panda Scan sebab nak try cloud system dia. huhu.

  3. emptyspace pada 23 Aug 2009

    sweet.. aku tak pernah update program lagi untuk avast! rumah aku ni.. kalau kat opis aku pakai avira..

    • gee pada 26 Mar 2010

      avast mmg mantap……mcm brezz u larh…

  4. blowie pada 24 Aug 2009

    aku masih kekal dgn f-secure :D

  5. Anarm pada 24 Aug 2009

    avira tetap yg terbaik!!

  6. megat pada 24 Aug 2009

    avast, tak pernah guna. yang akhirnya tidak tahu yang mana satu yang at leaast terbaik hu3.

    skang ni guna AVIRA.

  7. xflixz pada 24 Aug 2009

    kaspersky…kaspersky…kaspersky..hehehee..

  8. mohdisa pada 24 Aug 2009

    avast memang menarik, waktu aku kenal avast dlu sibuk mendownload movie. tp bab anti virus ni aku lebih gemar menggunakan avira. hehe, apa2 pun interface dia memang menarik.

  9. safar pada 24 Aug 2009

    saya pengguna setia avast.selepas baiki komputer dan pasang OS terus ada avast ni.sekarang masih lagi pakai.cuma guna nombor siri lanun punya.sebab tak berani kemaskini.

  10. Nikuve pada 25 Aug 2009

    haha.. kalau interface lawa protection K.O apa kes. Kaspersky Internet Security senantiasa dekat dia hati.. yea..yea..yeaa!

  11. Lanun pada 25 Aug 2009

    aku x pkai antivirus..xtau mn yg terbaek..bg aku sume ok klu slalu update..

  12. vjkingz pada 30 Aug 2009

    dah cube semua antivirus tp yg terbaik buat masa sekarang ni hanya avats jew (pada pengguna yahoo messenger).

  13. alam pada 05 Sep 2009

    avast le

  14. Trojan Killer pada 06 Oct 2009

    Avast jugak yang jadi penghapus trojan jom try kalo tak caya

  15. mipow3r pada 17 Jan 2010

    yg terbaik karsperky.. tp yg free avast


Tinggalkan Komen Anda