-
Enjin Carian Generasi Baru Dari Google?
Mungkin ramai sedia maklum akan kekuasaan Google dalam arena enjin carian. Kini, ianya menguasai lebih 70% penggunaan enjin carian dunia. Kini, mereka sedang dalam pembangunan projek “Caffeine” yang mana merupakan salah satu usaha Google dalam memperkenalkan infrastruktur enjin carian serba baru kepada pengguna.
Menurut Google, beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa pekerja Google telah berusaha dalam membangunkan projek rahsia Google, iaitu pembinaan enjin carian generasi baru. Melaluinya, ia akan membolehkan Google mengindex laman web dengan lebih pantas, membawakan hasil carian yang lebih jitu dan tepat, selain mengintegrasikan beberapa fungsi baru.
Ianya sudah menjadi suatu rutin untuk Google untuk memperkenalkan perkara baru sebagai tambahan untuk servis-servis sedia ada. Namun begitu, pengenalan enjin carian yang serba baru adalah sesuatu yang mengejutkan. Biasanya Google hanya menambah dan mengintegrasikan beberapa fungsi baru dari masa ke semasa. Mungkin perkara ini perlu sebagai langkah untuk mendapat hati pengguna Yahoo! yang mula bekerjasama dengan Microsoft.
Bagi pengguna yang ingin mencuba enjin carian baru daripada Google, anda boleh aksesnya melalui halaman Sandbox Google. Antaramukanya masih lagi dikekalkan seperti biasa. Buat masa ini, beberapa hasil carian yang diperlihatkan juga kurang menarik dan kurang relevan. Mungkin ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan. Walaubagaimanapun, perkara baru dalam enjin cariannya ini adalah carian masa-nyata. Kini anda boleh melakukan carian masa nyata dengan lebih mudah. Ianya suatu fungsi yang amat dinantikan oleh ramai pengguna.
Walaubagaimanapun, ianya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai enjin carian Google yang baru ini. Lagipun, ianya masih lagi dalam peringkat percubaan. Sama-sama kita melihat perkembangannya.
9 Komen
Google buat pertama kalinya menjemput webmaster dan pengguna mereka untuk kongsi maklumbalas berkenaan indeks yang akan dikemaskini (dengan nama Caffeine Update) ni.
Strategi yang cukup baik untuk ‘meredakan’ berita search deal antara Bing dan juga Yahoo. Go Google go!
perghh.. google memang superb ahh..
google batu (rocks)!
fuhh, caffeine? mmg menyebabkan ketagih.huhu
dengar istilah ‘caffeine’ tu pun dah terasa obses. uhuhu.
nama pun caffeine bro…google nk suruh org ketagih kat dia laa tue..
Hohoho!
Bekerja keras tul laa team Google ni.
alaa….google jeles dgn bing. bile bingsense nak kuar, jadi ke tak?
minta tolong sangat
bkan nak ketagih…nak note dia lah bro………….