12Aug

Facebook Lite Sebagai Pencabar Twitter?

Web 2.0

Setelah membuat pembelian FriendFeed semalam, hari ini Facebook memperkenalkan lamannya versi ringan yang dikenali sebagai Facebook Lite buat masa ini. Hanya beberapa pengguna terpilih sahaja yang mendapat emel jemputan daripada Facebook untuk menyertai dan mencuba Facebook Lite buat masa ini.

Facebook Lite
Antaramuka Facebook Lite [via]

Dari screenshot yang kelihatan, Facebook Lite kelihatan seperti halaman Facebook yang diringkaskan dengan hanya memperlihatkan informasi asas seseorang, selain memperlihatkan kemaskini status semasa. Ianya kelihatan lebih kurang seperti servis Twitter.

Sebelum ini, Facebook telah mencuba untuk memiliki Twitter, namun usahanya gagal. Dan kini mereka telah memiliki FriendFeed yang mana menyediakan kemaskini laman sosial dalam masa-nyata. Ianya dikatakan Facebook Lite akan diperkenalkan untuk mereka yang mempunyai sambungan internet yang lemah, selain menyediakan halaman profail yang ringkas dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain.


Facebook Kini Merupakan Laman Sosial Terbesar
Twitter Beralih Daripada TinyURL Kepada Bit.ly
Aplikasi Skype Untuk Android Di Lepaskan
Pembangun Tema WordPress Di Indonesia Di Saman Facebook
Blogr.MY - Laman Komuniti Berbentuk Perkongsian Artikel Memfokuskan Penulis Blog

15 Komen

  1. Kreuger pada 12 Aug 2009

    erm.. tapi kalau bleh pakai mende alah ni..
    die still boleh link jugak ke dengan twitter
    application.. macam yang dah sedia ada?
    atau dia hagaknye spesifik untuk Facebook Lite
    saje? ape pon… mende macam ni semakin hari
    semakin banyak.. tak terkejar nak hekut.. hehehe~

  2. Khai pada 13 Aug 2009

    nice facebook.. habis la twitter lepas ni bila wujud add-on macam twitterfox tu ke.. hurmm.. sbb lebih ramai yg menggunakan facebook berbanding tahu ape itu twitter..

    tapi ada yg lebih menarik.. web azhar tu.. tuan empunya gambar facebook lite kat atas tu.. sangat creative web dia.. hehe..

  3. sheffezen pada 13 Aug 2009

    amat bersetuju dgn khai…klo nk dilihat dari popularity dan kelebihan..mmg facebook paling menyerlah..tp kene ingat gak kot..sebb sakrg ni msih x de lagi..make money from facebook rsenye..semuanya psl twitter..jd sy rse..twitter still boleh memberi saingan lagi..terutmanye para IM..tp mungkin x lama kot, jika satu hari nanti akan ada term make mney from facebook..sebb sy rse facebook lebih best gune bbanding dgn social web yg lain..

  4. naz pada 13 Aug 2009

    lagi nice stuff! facebook pon buleyh men cm twitter jgak ah lpas ni ek.

  5. Sham Hardy pada 13 Aug 2009

    tapi aku harapkan yg facebook bole deliver service yg more than twitter, i mean… open kan lg API dia, ni tak.. kalau nak mintak approval API sampai berhari22! huhuhuhu

  6. wanwma pada 13 Aug 2009

    bila pulak kuar mende alah ni…tak sedar langsung…

  7. megat pada 13 Aug 2009

    tengok pada imej kat atas, memang nampak lite pun. semakin banyak pula aplikasi web seperti ini.

    tapi diakui facebook lebih popular berbanding twitter! dan aku harap ia bakal lebih baik dari twitter jika mahu kan persaingan sengit.

  8. mohdisa pada 13 Aug 2009

    aku rasa sebelum ni pun Facebook dah menguasai laman social network, tak kisah la kalau dorang kuarkan facebook lite plak. makin mantap lah facebook. apa2 pun, twitter tetap berjalan seperti biasa. hehe

  9. Mantra pada 13 Aug 2009

    fuh advance dorang ni. Tapi twitter berjaya buat satu kelainan untuk orang follow macam dia hehehe

  10. Fatin Pauzi pada 13 Aug 2009

    Twitter kalah ar pas ni. Dah la ade virus burung pipit. Facebook appearance die mantap, tambah lagi kalau leh tambah backgroung kat facebook lite, lagi mantap! :D

  11. KNizam pada 13 Aug 2009

    ada sapa2 dapat invitation nak cuba fb lite ni ke eh ?

  12. blowie pada 13 Aug 2009

    twitter lg best,hahaha.
    sbb twitter leh guna add-on kat firefox :P

  13. safar pada 14 Aug 2009

    jarang-jarang pakai facebook.twitter pun kira bagus juga.

  14. pjan pada 15 Aug 2009

    tak terkejar dah aku dgn segala macam application yang ada lam internet ni..
    lagipun rasanya aku yang paling mundur sebab xde akaun facebook..
    :P
    aku ada twitter saja


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader