Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Facebook telah memiliki laman sosial terkemuka FriendFeed. FriendFeed membawakan pelbagai jenis inovasi sebagai laman sosial sejak ianya dimulakan pada tahun 2007. Ianya dikatakan, FriendFeed menjadi milik Facebook pada harga $50 juta sahaja.

FriendFeed Kini Milik Facebook
FriendFeed membolehkan anda mendapat kemaskini secara masa-nyata daripada pelbagai laman web dan media sosial. Ianya berkerja seperti sebuah laman aggregator, yang mana FriendFeed mengumpulkan koleksi data-data terkini dari beberapa laman sosial terkemuka seperti Twitter, Facebook, Flickr, YouTube, laman bookmark sosial, laman blog dan web melalui RSS dan ATOM, dan banyak lagi.
Facebook kini telah memiliki FriendFeed, dan mereka telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menutup servis tersebut, tetapi akan biarkan ianya bergerak seperti biasa. Tujuan utama Facebook membeli FriendFeed adalah untuk memiliki tenaga pekerjanya yang amat berwibawa (yang mana kebanyakkannya pernah bekerja dengan Google), selain ingin membawakan teknologi baru ke dalam Facebook.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku dah google pasal benda ni hari ni sebab trending topic twitter “Facebook acquires”. friendfeed ni bagus ke. aku xpernah dengar. hehe
ko camne bleh terlpes FriendFeed nie. Best wo. Lagi best lepak kat FF dari lepak kat Twitter. Hehe.
wahhhh…agak-agak bila lak blog aku nak dijual dengan harga tu erk
FB beli FF hanya kerana FF mpy pekerja yang berwibawa…. hmm…
That’s interesting to hear.
aku tak cakap “hanya”
uiks. betul ke aman? ff dari best dari twitter?
Cuba try. Mane taw addict kang. Hehe.
Kedengaran bunyi agak pelik.bekas perkerja Google.friendfeed.
boleh dapat pekerja yang berwibawa.
aku penah join friendfeed ni tp lupa password lak.. adehh
Setakat ni FriendFeed adalah benda yang aku tak cuba langsung lagi, sebab takut information overload, tak terlayan lak. Tapi kata2 ko membuatkan hati ini menjadi sangat curious, huhu.
Kalau aku terlekat aku salahkan ko Amanz
hehe. nak reg pun, pakai jer Facebook Connect. Simple. Pastue integrate ngan Twitter, FB, Flickr, YouTube, Blog sumer. Senang. Satu place jer. Hehe.
amik kau twitter! hahahhaa