08Aug

Firefox 3.6 Alpha 1 Di Tujukan Untuk Para Pembangun

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah kejayaan Firefox 3.5, kini pihak Mozilla telah pun mula menumpukan perhatian pada pembangunan versi seterusnya iaitu Firefox 3.6 yang juga dikenali sebagai Namoroka. Alpha pertama untuk Firefox 3.6 sudah pun boleh dimuat-turun dan dicuba oleh para pembangun dan pengguna yang berpengalaman.

Firefox 3.6 dibangunkan dengan menggunakan platform Gecko 1.9.2, dan pembangunan kali ini lebih ditumpukan kepada prestasi pelayar web, sokongan aplikasi web, integrasi bersama sistem dan juga kebolehan untuk mengubah tetapannya mengikut citarasa pengguna. Oleh kerana versi Alpha ini ditujukan kepada para pembangun, beberapa fungsi baru yang diintegrasikan kedalamnya adalah seperti sokongan geolokasi, sokongan beberapa kelas CSS3 yang baru, selain membawakan peningkatan kelajuan pada enjin TraceMonkey JavaScript.

Menariknya, tidak seperti dulu, yang mana mengambil masa yang agak lama bagi pembangunan versi baru, kini Mozilla mengatakan bahawa versi akhir Firefox 3.6 akan boleh digunakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Anda boleh membaca senarai perkara baru pada Firefox 3.6 Alpha 1 ini di laman rasmi mereka sementara menunggu muat-turun Firefox 3.6 Alpha 1 anda.


Google Chrome 0.3.154.0 Boleh Di Muat Turun.
Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google
Google Akan Menyertakan Sokongan WebRTC Pada Chrome
Aplikasi Skype Untuk iPad Ditarik Balik
Mozilla Mengemaskini Saluran Firefox Aurora Dengan Versi 8

9 Komen

  1. megat pada 08 Aug 2009

    wah firefox memang gempak! masih menjadi ‘kipas susah mati musang berapi’ ha3.

    aku harap versi akan datang lebih ringan dan lebih friendly.

  2. Mantra pada 08 Aug 2009

    Firefox 3.5 aku bermasalah..
    harap yang baru ni ok je huhu

  3. muhdzahari pada 08 Aug 2009

    kalau firefox 3.5 dikeluarkan dengan nama shiretoko untuk ubuntu.
    agak-agak tukar nama atau tidak untuk firefox versi 3.6?

    • aman pada 08 Aug 2009

      Firefox 3.6 pakai nama Namoroka

  4. safar pada 08 Aug 2009

    sang musang tak akan mengalah dengan mudah.

  5. taeone pada 09 Aug 2009

    ak harap satu je lepas ni jangan la asyik dok crash..
    not responding la bla bla(dah jadi 2 harapan)

  6. naz pada 09 Aug 2009

    yeah again! firefox memang cool!

  7. mohdisa pada 09 Aug 2009

    rasanya ingin mencubanya juga. agak2 ada bugs tak?

  8. hydir pada 11 Aug 2009

    kalo FF bermasalah
    sila guna Google Chrome version 3.0 ke atas .. mmg cun
    :)


Tinggalkan Komen Anda