Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, setiap kali anda ingin menghantar emel melalui GMail, anda terpaksa taip secara manual pada ruangan emel penerima, dan anda akan diperlihatkan dengan senarai emel cadangan. Kini, Google mempermudahkan kerja anda dengan memperkenalkan fungsi untuk memilih alamat emel penerima dengan lebih mudah.
Melalui fungsi yang baru ini, anda hanya perlu klik pada pautan To: pada ruangan menghantar emel, dan seterusnya sebuah tetingkap kecil akan dibuka dengan memperlihatkan senarai alamat emel yang berada dalam buku alamat anda. Seterusnya, anda dengan mudah boleh memilih alamat emel penerima, dan ianya akan disertakan dalam ruangan alamat emel penerima di GMail.

Memilih Alamat Emel Penerima Kini Lebih Mudah
Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menghantar emel kepada seseorang yang anda berhubung selalu melalui emel, anda dinasihatkan menggunakan fungsi auto-complete, yang mana lebih pantas daripada fungsi Contact Chooser yang baru diperkenalkan Google ini.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fungsi auto-complete tu lebih mudah..
wah sangat membantu! gmail semakin mendapat perhatian aku. tapi kenapa sejak kebelakangan ini ia semakin berat!?
sejak menggunakan Gmail, dah malas rasanya nak buka email yahoo…
aku jarang hantar email kat orang, tak tahulah cam mana nak guna semua ni. hehe
ya, ada juga perasan akan fungsi baru ni. Rasanya ia baru ada minggu ni.
Wah, cam best jak.
sejak menggunakan Gmail, dah malas rasanya nak buka email yahoo…;. All the best!!
google ni macam2 la…
bagus betul…
tapi aku tetap setia kepada tiga2..
gmail + yahoo + hotmail
tiga2 pon aku guna…
huhu…
GMail ni memang best betul. Macam2 je yang dibuat.
Kool!
Gmail ke hapa ke.. aku pakai yg penting je.. function bebanyak buat aku penin
Gua jarang pakai email. Kalo mau cari olang gua pakai facebook ^_^) !!
Hoho selamat tinggal yahoo mail