Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan fungsi extension untuk Google Chrome sebelum ini, kini Chrome melangkah selangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan fungsi sokongan tema untuk pelayar webnya. Anda kini boleh melihat thumbnail ke direktori tema Chrome pada versi Chrome 3.0.196.2.

Thumbnail Pada Chrome
Sekiranya anda mengemas-kini pelayar web Chrome anda kepada versi terkini, iaitu 3.0.196.2, anda akan dapat melihat dua thumbnail tambahan yang diperlihatkan secara automatik, iaitu thumbnail ke laman Google Chrome dan juga ke laman Google Chrome Themes Gallery. Walaubagaimanapun, halaman tersebut masih belum boleh diakses buat masa ini.

Contoh Tema Chrome
Sekiranya anda ingin mencuba fungsi tema pada Chrome anda, anda kini boleh memuat-turun dua jenis tema yang dibangunkan oleh Google sendiri, yang mana diberi nama theme.crx dan juga theme2.crx buat masa ini. Anda boleh memuat-turun dan mencubanya pada pelayar web Chrome anda dengan mudah.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ni yang kita tgg2..harap lebih ramai yang upload theme untuk chromre..
fuh…mkin ke hadapan browser chrome ni. nk bersaing ngan musang berapi la tu… huhuhu
tapi aku rasa dia tetap tidak boleh lawan mozilla ler…coz dia ada aku sebagai pengguna tegar.hehehehe
mmg bagus
tunggu extension jer lagi
kalau chrome ada addon macam firefox, lagi bagus
itu je sbb nape sampai skang aku x suke chrome… hehe
masalahnya google chrome ni masih banyak web yg diorang xleh support…tapi dia pnye oading memang cepat
chorome cerewet kot.mozilla tetap unggul.setelah dikecewakan oleh internet explorer
wah…smart la…kena test nnt ni…amanz…nak minta tlg blh ?
tambah fungsi lagi. mantap!
fuhh, mmg cool n smart.
ble google nak buat addons cam downthem all kat crome? berpeluh nak tunggu nieyh! hehe
memang cool, lepas ni memang akan guna google chrome je lah…