06Aug

Google Memperkenalkan Beta Baru Untuk Chrome

Google, Perisian

Hari ini, Google telah melepaskan beta baru untuk pelayar web Chrome-nya, yang mana membawakan lebih 30% peningkatan prestasi berbadning versi sebelumnya. Selain itu, beta terbaru ini juga membawakan beberapa fungsi baru yang membolehkan anda mengubahsuai antaramuka pelayar web anda.

Salah satu fungsi baru adalah fungsi New Tab pada Chrome. Kini anda boleh menyembunyikan thumbnail laman web yang anda tidak ingin lihat tetapi diperlihatkan di lapan thumbnail pada halaman New Tab. Anda juga boleh menambah thumbnail laman yang anda kehendaki dengan mudah. Kini, segala perkara di halaman New Tab boleh diubahsuai mengikut citarasa anda dengan mudah sekali.

Selain itu, beta terbaru ini juga membawakan Omnibox yang terkini. Omnibox membolehkan anda ke laman yang anda ingini dengan hanya beberapa taip-an papan kekunci sahaja. Melalui versi beta terkini ini, fungsi drop down pada Omnibox telah dipertingkatkan, yang mana memperlihatkan ikon untuk mengasingkan antara carian, bookmark, sejarah pelayaran dan sebagainya.

Tema Chrome
Contoh Penggunaan Tema Pada Chrome

Satu lagi fungsi terbaru pada beta yang terkini ini adalah fungsi tema pada Chrome. Kini, anda turut sama boleh mencuba tema Chrome pada pelayar web anda dengan mudah sekali. Buat masa ini, koleksi tema yang disediakan adalah yang amat ringkas. Dan berkemungkinan besar, tema yang lebih kompleks dan stabil akan diperkenalkan pada masa hadapan kelak.

Selain daripada itu, Chrome beta juga membawakan sokongan HTML5 selain membawakan kelajuan yang lebih pantas daripada sebelumnya. Untuk mencuba fungsi beta ini, anda hanya perlu melanggan ke saluran beta dan sudah boleh menggunakannya. Namun begitu, terdapat beberapa fungsi yang tidak stabil yang boleh menganggu pelayaran web anda.


Miro 2.5 Kini Sehingga 4 Kali Ganda Lebih Pantas
Google Menguji Kereta Automatik
Aplikasi Android Akan Disokong Pada MeeGo Melalui Alien Dalvik
BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone
(Video) Evolusi Carian Pada Google Dari Dulu Hingga Sekarang

6 Komen

  1. mohdisa pada 06 Aug 2009

    macam best jerk, nak cubalah.

  2. megat pada 06 Aug 2009

    wah kelihatan crome semakin menarik!

    ps – mana lebih stabil? chrome atau firefox!?

  3. safar pada 06 Aug 2009

    bersemangat benar pak cik google.

  4. TMUkmkd pada 06 Aug 2009

    hehe tu belum tengok yang chromium version linux untuk hari ni punya.. macam2 diorang neh.. ^^

  5. taeone pada 07 Aug 2009

    tggu la versi stabil..

  6. Anarm pada 09 Aug 2009

    tggu release yg stabil baru nk try..
    takut ah nk try yg beta2 ni


Tinggalkan Komen Anda