09Aug

IdeaBuzz Membawakan Video Baru Setiap Isnin

Web 2.0

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini, IdeaBuzz mula beraksi di alam maya dengan menyediakan tiga video sebagai permulaan. IdeaBuzz menggunakan WordPress sebagai platform utamanya, disamping menggunakan hos pihak ketiga seperti Vimeo untuk mengehos video mereka.

IdeaBuzz
Antaramuka Laman IdeaBuzz

IdeaBuzz bakal menyediakan video baru setiap hari Isnin yang mana bakal dikategorikan mengikut 4 kategori, iaitu Acara, Ulasan, Tutorial, dan lain-lain. Untuk permulaan ini, mereka menyediakan video ulasan Wolfram Alpha, video pengenalan IdeaBuzz, dan juga tutorial untuk membaca beberapa laman web serentak dengan cepat dan mudah.

IdeaBuzz masih baru lagi di alam maya, dan akan dipenuhi dengan video-video ilmiah dan informatik dalam masa-masa akan datang. Anda boleh melanggan kepada RSS-nya untuk mengikuti dengan lebih dekat kemaskini semasa IdeaBuzz. IdeaBuzz dibawakan oleh Syed Syahrul Zarizi, yang mana turut sama membangunkan laman Sireh dan Cengkeh.


Pembangunan WordPress 2.8 Sudah Di Mulakan
Pemilik Nuffnang Melancarkan Nom Nom Media
Facebook Bakal Menawarkan Perkhidmatan Seumpama Groupon?
Laman Faces Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka Pada 29 Januari
Bernama Memperkenalkan Perubahan - Logo Baru Dan Butang Pembelian Berita

4 Komen

  1. Khai pada 10 Aug 2009

    idea yang baru dalam industri blogging di Malaysia. Cuma bila di sebut malaysia, kelajuan internet di sini kadang kala menyakitkan hati untuk melayari web seperti ini yg artikel nya lebih kepada video.

    All the best buat team ideabuzz

  2. e pada 10 Aug 2009

    congrats to ideabuzz team!!

  3. ejam pada 10 Aug 2009

    menarik…bleh bookmark ini web..

  4. mohdisa pada 10 Aug 2009

    tahniah dan terima kasih juga untuk ideabuzz.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader