01Aug

IdeaBuzz – TV Budaya Web dan Usahawan

Web 2.0

Setelah sekian lama, Malaysia akan mendapat TV Web pertama yang bakal memfokuskan kepada topik Budaya Web dan Usahawan di Malaysia. TV Web yang dikenali sebagai IdeaBuzz ini, bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Ogos ini.

IdeaBuzz dimulakan oleh Syed Syahrul Zarizi yang mana dulunya pernah menyediakan senarai 70 Web Popular di Malaysia, disamping membangunkan laman web Sireh dan Cengkeh yang memfokuskan seni, teknologi, dan bisnes.

Buat masa ini, IdeaBuzz dirancang akan dibahagikan kepada empat segmen, iaitu temuramah, ulasan, tutorial dan juga laporan acara. Melalui segmen temuramah, IdeaBuzz bakal menemu-ramah CEO atau pemilik perniagaan atau web-web terkemuka.

IdeaBuzz juga akan memperkenalkan perkhidmatan ulasan secara percuma, yang mana pemilik produk hanya perlu menghantar produk mereka kepada IdeaBuzz, dan pasukan IdeaBuzz akan melakukan ulasan produk sejujur mungkin. IdeaBuzz juga merancang untuk membuat laporan daripada beberapa aktiviti setempat yang menarik, selain menyediakan beberapa tutorial-tutorial menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan pengguna internet yang lain.

IdeaBuzz bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos 2009 bersempena dengan bulan kemerdekaan kita.


Twitter Menambah-Baik Fungsi Carian
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad
SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
Bahagian Notifikasi Pada Facebook Memperlihatkan Perubahan
TwitFacts Memaparkan Data Yang Dibincangkan Di Laman Sosial Dalam Bentuk Interaktif

8 Komen

  1. xun pada 01 Aug 2009

    hmm. bagus malaysia :D

  2. syed pada 01 Aug 2009

    Terima kasih atas sokongan. Jangan lupa berikan feedback anda nanti. tunggu 10 ogos untuk soft launch nanti.

  3. Nikuve pada 01 Aug 2009

    Wah macam2 nak keluar nanti yer..
    bagus2!!

  4. Junaidix pada 02 Aug 2009

    impresif!

  5. melayubuntu pada 02 Aug 2009

    fuh..mcm menarik jgkk..hahaha

  6. mantra pada 03 Aug 2009

    ulasan produk?
    macam menarik. Mesti la berbayar kan?

  7. mohdisa pada 03 Aug 2009

    wah…semoga sukses selalu.

  8. faisalhanim pada 10 Aug 2009

    emm..mcm ada persamaan jer??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader