09Aug

Internet Explorer Bakal Menyokong Standard HTML 5

Microsoft

Sudah sekian lama Microsoft dikritik oleh pembangun dan pengguna kerana pelayar web miliknya – Internet Explorer yang mana dikatakan agak ketinggalan dalam menyokong beberapa perkara baru dalam pembangunan web. Untuk mengatasinya, kini Microsoft mengumumkan bahawa mereka kini sudah sedia menyokong HTML 5 pada Internet Explorer.

Buat masa ini, HTML 5 membawakan pelbagai fungsi terbaru dan menarik, yang mana mendapat sokongan daripada Google, Apple, Opera Software dan juga Mozilla. Sejak daripada Internet Explorer 7 dan 8, Microsoft memperlihatkan peningkatan yang bagus dalam pembangunan pelayar webnya. Walaubagaimanapun, pelayar web yang terkini dari mereka, Internet Explorer 8, masih tidak menyokong sepenuhnya HTML 5.

HTML 5 kini dikatakan sebagai masa depan baru untuk web, dengan membawa beberapa teknologi dan fungsi menarik dalam pembangunan web dan aplikasi web. Beberapa fungsi utama adalah penggunaan tag audio dan video, yang mana membolehkan para pengguna mengaplikasikan media dengan penggunaan JavaScript. Selain itu, fungsi geolokasi juga diperkenalkan melalui HTML 5, yang mana memudahkan pembangunan aplikasi web mudah alih.

Buat masa ini, masih tidak diketahui apakah elemen HTML 5 yang bakal diimplementasikan ke dalam Interenet Explorer, dan bila ianya akan diimplementasikan sepenuhnya. Ianya masih lagi dalam peringkat awal, dan mungkin akan diintegrasikan ke dalam pelayar web Internet Explorer dalam masa terdekat ini.


Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang
IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 36 Juta Kali
Ballmer : Windows 8 Pada Tahun Hadapan
Selepas Mango, Adalah Tango - Di Ikuti Windows Phone Apollo
Microsoft Pernah Turut Sama Berminat Untuk Mengambil-Alih Motorola

10 Komen

  1. Mantra pada 09 Aug 2009

    Aku download IE latest version tapi ada error…takleh guna. Kenapa ek?

    • aman pada 09 Aug 2009

      takleh guna? apesal lak? tak dload abis kot. try dload lagi sekali.

  2. finalcross pada 09 Aug 2009

    hate all the IE family… FF is the best. hehe

  3. safar pada 09 Aug 2009

    Saya peminat setia firefox.buatlah apa pun.

  4. alone pada 09 Aug 2009

    hidup firefox! hehe.

  5. Anarm pada 09 Aug 2009

    IE asyik error je kalo load blog2 yg aku salu masuk..
    blog aku pn same gak, render x bagus..
    bukak kt firefox, chrome, opera, ok je..
    IE.. 2 thumbs down!

  6. sankai pada 09 Aug 2009

    erkk…
    Salah IE kah kalu web itu render tak bagus.??? bukan salah webmaster sebab code dia tak bleh keep up dengan Ie…

    Try tengok facebook…bukak pakai IE 6 pun takda masalah render tak bagus….

    anyway, aku pengguna IE8 & FF…..

  7. megat pada 10 Aug 2009

    kenapalah IE ni lambat kejar kemajuan. browser lain berebut-rebut bikin up to date.

    macam mana sekalipun masing-masing ada kemampuan masing-masing.

    aku pengguna firefox!

  8. mohdisa pada 10 Aug 2009

    aku guna gak IE ni, bohonglah kalau tak guna lansung. apa pun, pada kebiasaannya aku guna IE ni just nak buka email aku shaja. :)

  9. chokilala pada 11 Aug 2009

    guna IE kalau terpaksa je. contohnya lab yang install IE. dengan segera aku tolong installkan chrome :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader