31Aug

Kemaskini Twitter Dengan SMS Melalui GladlyCast

Web 2.0

Sebelum ini, saya sering mengemaskini Twitter dengan menghantar SMS ke nombor antarabangsa Twitter, yang mana menelan belanja sebanyak RM0.20, tetapi kini saya sudah dapat menjimatkan kos dengan adanya gladlyCast. Sama seperti SMS2Twit yang diperkenalkan tidak lama dahulu, gladlyCast turut sama menyediakan nombor tempatan untuk mengemaskini status Twitter melalui SMS.

gladlycast

gladlyCast menggunakan nombor Maxis, manakala SMS2Twit yang diperkenalkan tidak lama dahulu menggunakan nombor DiGi. Lebih menarik lagi, gladlyCast mengintegrasikannya bersama dengan API Twitter, sekaligus meyakinkan para pengguna, kerana tidak perlu berkongsi kata laluan seperti pada SMS2Twit.

Kaedah pengaktifan menggunakan gladlyCast juga amat mudah sekali, iaitu dengan hanya menghantar satu mesej ringkas sahaja, dan akaun anda akan dikaitkan dengan nombor telefon bimbit anda dengan serta-merta. Jadi, sekarang anda tidak perlu menggunakan telefon bimbit canggih untuk mengemaskini status Twitter anda. Dengan serendah 1 sen, kini anda boleh mengemaskini status pada Twitter. Menarik bukan?


[Video] JellyBus Memperlihatkan Aplikasi Fotografi Di Echelon 2011
Mango Membawakan Integrasi Twitter Dan LinkedIN Serta Notifikasi Sosial Baru
Facebook Music Akan Dilancarkan Hasil Kerjasama Lebih 10 Syarikat Pada Khamis Ini
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

22 Komen

  1. finalcross pada 31 Aug 2009

    ramai gak da gune aplikasi ni. mmg menarik…

  2. IcedNyior pada 31 Aug 2009

    gladlycast lg bagus dari sms2twit sbb derang tak minta password twitter

  3. khairil pada 31 Aug 2009

    hehe, msg free dr maxis aku ada byk lg
    jd bila update twitt, free je :)

  4. gladlycode pada 31 Aug 2009

    Terima kasih Amanz atas blog anda dan berkongsikan servis kami kepada pembaca blog ini. :)

  5. eimyan pada 31 Aug 2009

    gladlycast nya interface clean habis..

  6. megat pada 31 Aug 2009

    aku telah mencubanya ;)

  7. awqi_zar pada 31 Aug 2009

    wah..jdi lpas nie..status ak ble ko tgk kat twitter jek..tq..

  8. baem pada 31 Aug 2009

    aik….maksih bro atas info berguna nih….

  9. zool pada 31 Aug 2009

    HM.. patut mencubanya.. rugi tak guna

  10. hydir pada 31 Aug 2009

    waaa…nak cuba tak bleh sbb akaun twitter di ‘ban’ sementara :P

  11. alone pada 31 Aug 2009

    wargh. aku ketinggalan pasal ni. boleh la update di mana2 pasni. trimas aman!

  12. safar pada 31 Aug 2009

    telefon murah pun boleh guna servis ini.

  13. Roslan Nazri pada 31 Aug 2009

    nasib aku tak perlu gunakannya..kih3..berlagak plak..twitter mmg power abis la..hu3

  14. Mantra pada 01 Sep 2009

    enset 3310 leh join jugak ke?

  15. mohdisa pada 01 Sep 2009

    wah, aku perlu mencuba ni. hehe

  16. Junaidix pada 01 Sep 2009

    aku dah test semalam.. hehe

  17. hanep pada 02 Sep 2009

    Lohhh… mcm mane dgn celcom? org pakai celcom dhla takle pakai status “I’m on Sms” yahoo messenger. twitter pn takle pakai ka. huhuhu

    • IcedNyior pada 03 Sep 2009

      boleh je pakai untuk number celcom. cuma sms kepada numbor 012 GladlyCast tu :)

  18. naz pada 04 Sep 2009

    nice ni yg aku tggu2

  19. xflixz pada 05 Sep 2009

    waa..nice..aku mule2 wat bodo je article ni sbb aku bace sekali lalu igtkan kene byr rm0.20..rupenyer rm0.01 je..mmg tak rugi la..huhuhu..

  20. Azam pada 07 Sep 2009

    ingin mencuba juga..huhu

  21. adam pada 31 Mar 2010

    Betul. GladlyCast memang cara paling mudah nak tweet. Dengan menggunakan HP sahaja kita boleh menghantar sebanyak mana tweet yang kita mahu cuma pastikan kredit anda mencukupi!

    Dengan adanya GladlyCast, saya mempunyai peluang dan ruang yg lebih besar untuk memasarkan produk produk twitter saya. memandangkan twitter di Malaysia masih baru, peluang menambah pendapatan dengan twitter terbentang luas.
    Sila layari laman web saya untuk maklumat lanjut.

    klik sini ====> http://www.twitmonsterpack.com/


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader