Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Microsoft hari ini diarahkan oleh Hakim Mahkamah Texas supaya tidak lagi menjual Word kepada para pengguna disebabkan pelanggaran hak cipta. Perkara ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak, lagi-lagi ketika ini yang mana Microsoft sedang dalam proses pembangunan Office 2010 yang dijangka akan dilepaskan pada tahun hadapan.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Texas setelah mendapati Microsoft melanggar hak cipta yang mana difailkan oleh i4i Inc yang mana berkait rapat dengan kebolehan Word untuk membuka fail XML, DOCX atau .DOCM. Melalui keputusan mahkamah yang dikeluarkan, Microsoft diperintah supaya tidak lagi menjual, atau mengimport ke dalam US, produk-produk Word yang boleh membuka fail XML, DOCX, atau DOCM, yang mana melibatkan Microsoft Word 2003 dan Microsoft Word 2007.
Selain daripada itu, Microsoft juga diberikan tempoh masa 60 hari untuk mematuhi arahan Mahkamah, dan pada masa yang sama disuruh membayar pampasan ganti rugi sebanyak $290 juta untuk i4i Inc. Arahan Mahkamah ini adalah hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan bekemungkinan besar, Microsoft bakal membuat rayuan pendengaran kes semula dalam masa terdekat ini.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wooot!!! OpenOffice gonna replace them!!
adoi, cmne nak buat asgmnt nt? hehe.. gelabah je
uiks..dasyat…
open source ruless!!~ OpenOffice dah mampu bersaing dgn M$ Office pon skang..
OpenOffice.org la kool. OpenOffice ni perlu mulakan sesuatu pembaharuan dalam Office, biar Microsoft Office pula tiru feature tersebut.
Budak opis ni mana berani nak berubah.. susah woo nak pakai open office
ni tak best. aku tak paham, ape salah Microsoft tu sebenarnya? heh. aku penah try Open Office, mmg bagus, tapi honestly, tidak sebagus MS Office. aku kat Mac pun pakai MS Office for Mac.
adeh macam mana ni!? ramai orang dah terbiasa dengan ms office. akan mendatangkan masalah pada masa akan datang!
betulx3… kepenggunaan OpenOffice.org [OOo] agak kurang berbanding MS Office.. ini memang akan membawa masalah kepada pengguna tapi ia boleh diklasifikasikan sebagai peluang ‘permata’ bagi OOo untuk bangkit… anyway… A.K. pkai MS office cracked je..
pakai je office 2003…hahahaha
huh…masalah besar ni..hmm..
ala korang ni pirate kan banyak.risau apa.heehehe.Open office pun ok apa.kene biasakan yg org free.x berkat buat report kursus guna word pirate.
siap la nanti google nak keluarkan office sendiri. google os dah ada dah. hehe
perisian pejabat microsoft sudah lama tak guna.
ambil openoffice sahaja.
hahaha…buat assigment guna kertas kajang laa jawabnye..huhuhu
ape ke bagangnyer..pakai je la yang ade..klu ms office xde trpakse pkai jgk..klu openoffice xde trpakse pkai ms office..bangang tol..ikut peredaran masa la..yang nak kecoh pehal..
klo d pk2 kn scra logik..ianya mdtgkn byk mslh n kslitan bkn shj kpd org pseorgn mlh kpd pkrja dr swasta n krjaan. sbg seorg yg bkja dlm sktor awam, x smua pkja mahir dlm pggnaan kom..mlh msh ada yg x thu mbuat table d dlm mc word!!so apabla mbc artikel ini..rs ksian jg la dgn mereka yg bkenaan..nk gna mc word pn msh merangkak lg..ni nk gna open office lg la..so,i hrp adala ssapa d lua sn dpt wt 1 software yg lbh bgs dr apa yg ada skrg ni.but..we hope..mc word ttp djual spt bsa..