Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
“Platform Teknologi WiWi yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd, yang mana menawarkan hibrid antara penyelesaian WiFi dengan WiMAX pertama di dunia, dijangka membantu mempercepat sasaran penembusan jalur lebar Malaysia”, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili, pada khamis.
Buat masa ini, MIMOS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan tiga pengendali WiMAX, iaitu REDtone International Bhd, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd dan Asiaspace Sdn Bhd, dalam menggerakkan penggunaan dan memperkenalkan WiWi kepada para pengguna.
WiWi menyediakan penyelesaian tambahan bagi peserta WiMAX dan peserta industri lain, bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan mengurangkan kos kepada orang ramai. WiWi juga menyediakan sambungan jalur lebar mampu langgan yang membolehkan beberapa pengguna memanfaatkan satu sambungan jalur lebar tunggal.
Dengan ini, ia bukan sahaja akan membantu negara menyediakan jalur lebar bagi penduduknya, malah juga membantu dalam merapatkan jurang digital, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih 16 juta pengguna Internet atau kadar penembusan Internet 63.8%.
Perangkaan menunjukkan bahawa meskipun kadar penembusan jalur lebar isi rumah kini berada pada 24%, semakin ramai orang di negara ini menerima pakai jalur lebar, hinggakan pada masa ini ia lebih dianggap sebagai keperluan daripada satu kemewahan.
Buat masa ini, REDtone telahpun menguji dan menggunakan WiWi melalui “router” khas yang diterima daripada MIMOS. Ianya dijangka akan diuji oleh lebih banyak badan lagi, sebelum ianya mula dikomersialkan. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan ingin menambah penggunaan jalur lebar dikalangan para penduduka Malaysia sehingga lebih 50% menjelang tahun 2010.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wiwi here i come..wiiiii..hehe..cam menarik tapi dah tak de nama len la tuh..huhu..
spelling error skit penduduka baris bawah skali..hehe..
nanti dah slow connection mengamuk plak…
baru smlm tunang aku citer kat aku pasal WiWi ni.. aku igt ejaan nye Y-Y.. haha.. aku nak tgk gak sejauh mana bagus nye teknologi ni…
wiwi? tak braper nak faham lerr T_T
noob betoi aku ni
wiwi.. macam nama panggilan manja ekin untuk mawi. kihkih
wiwi!? dulu aku igt sebut wiwi ni maknyanya nak buang air kecil ha3.
harapan aku servis yang disediakan dengan customer sama kencang, baru hebat!
wiwi cokelat celup.. adeh..
tak mungkin aku beralih arah
tapi mungkin jugak.. setelah
kontract dengan wimax ni
dah abis.. dan wiwi menyediakan pakage
yang agak berbaloi.. pada harga yang murah.
serta… ade serta… serta stabil~
nini arr..hahaha..
jgn nanti alih-alih telekom take over je..biasala bila ada tangan-tangan ghaib yang mengubahnya…
ingat lagi masa dulu pakai dial-up jaring..bila tmnet diperkenalkan terus jaring tak boleh blah walaupun connection jaring lebih konsisten.
wiwi cokelat celup… LOL… huhu
wiwi? macam wii jer
pengguna internet rumah masih kurang.
bagi perseorang pun kurang.kelajuan
perlu dipertingkatkan lagi.
lepas kira jadilah ambil apa benda tu wiwi.harap-harap semasa tonton Youtube lajulah.
Wiwi pun ok gak cam nama orang Sunda kat Indon sana.
Ps: org Sunda nama pompuan start ngan cici, pipi, lili, kiki wiwi dan mcm2 lg lah
woww..teknologi yang menarik..tp aku harap projek MIMOS kali ni tak jadi projek gajah putih la..huhuhu..
hehe..aku rindukan makcik pc dowh…
apepun jgn down kan usaha r&d mimos…
gd luck!
laju pilih saya.lambat sambungan tak jadi nak ambil.
Dunia makin advance…
aku pulak yang tertinggal…huhuhu
kita mengorak langkah ke pluto sedangkan marikh belum selesai…eh, bukan takat marikh je bulan pun tak abis kaji
macam tu la ibaratnya..pandai-pandai la tukar ayat tu untuk disinonimkan dengan dsl,3g…bla..bla
biasala tuh kita kan ke suka buat kerja separuh jalan..2-3 tahun lepas beria-ria nak teroka wimax habis-habisan last sekali separuh jalan..kemudian 3g pulak..kemudian ntah apa2 lagi…semuanya separuh-separuh..
Herm, harap2 la ada perubahan loni. sabor je la sal internet ni.
(
heheh… nampaknya ‘screamyx’ berada dalam keadaaan ‘x sedap punggung’ hehe
haha, pasal benda ni aku dah tau lama. dorg bangunkan dengan menggunakan kad dan slot sahaja. just dorg beli kat wimax tak silap aku dan gunakan dalam wifi, so dorg akan gunakan konsep wimax dalam wifi. telekom pun tgh bangunkan benda ni, tp dorg tak gunakan kad. dorang nak wat sebijik terus. erk…aku telah melanggar perjanjian dengan tm r&d. syuh…jgn bgtau org len. projek terbaru tm r&d tu. hehe
wiwi.. tah hapa2.. baik tulis weewee (translate: kencingkencing).. itu je le keja mimos ngan jaring nih..
cuba tengok apa jadik dengan flite wireless broadband dia org.. no 1 kat msia ke? podah.. keja dia org nih buat lawak je..
yg betul2 industri player, telekom malaysia berhad jugak.. hsbb a.k.a ftth (fibre-to-the-home) is the future of broadband.. seluruh dunia tgh nak adapt ftth because fibre optic technology gaks yg reliable.. wired connection is the king..
PAkai lah streamyx for better connection
Sekurang-kurangnya dapat jugak connection ke kawasan pedalaman walaupun tidak sehebat ftth. dah nama pun wireless, ikut mana pun tetap tak reliable – mana boleh compare wireless dgn ftth.