07Aug

Najib : Tiada Cadangan Untuk Menapis Internet

Lain-lain

Datuk Seri Najib Razak hari ini menidakkan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan tapisan internet, kerana ramai rakyat akan tidak puas hati, disamping halangan teknologi untuk melakukannya. “Kerajaan tiada sebarang rancangan untuk menapis internet” katanya Najib Razak.

Sebelum itu, Datuk Seri Rais Yatim telah mengesahkan kemungkinan rancangan tersebut dilakukan, seperti yang kedengaran semalam. Kata Najib, perkara ini perlu terlebih dahulu dibincangkan di Kabinet, tetapi sebelum ini mereka tidak pernah bercadang untuk menapis internet.

Salah satu sebab mengapa ianya tidak akan dilakukan adalah kerana ianya adalah kurang efektif, disamping akan mengakibatkan rakyat di era dunia ICT ini tidak berpuas hati. Najib juga mengatakan bahawa sebarang cadangan yang melibatkan kerajaan akan diputuskan oleh Kabinet.

Sebelum ini pihak pembangkang telah mengkritik kerajaan dengan mengatakan tapisan internet yang bakal diperkenalkan adalah atas dasar politik, manakala Rais Yatim mengatakan bahawa hanya laman-laman lucah sahaja akan ditapis, dan bukannya laman lain.

Ianya difahamkan, sebanyak 4 syarikat telah menghantar proposal untuk tapisan internet, yang mana keputusannya dijangka akan diketahui pada bulan Disember kelak. Sebelum ini, kerajaan telah mengatakan bahawa mereka tidak akan melakukan tapisan internet, selain negara-negara seperti Iran dan China yang pernah mencuba untuk melakukan tapisan dihujani krtikan dari pelbagai pihak.


Ujian Internet Berkelajuan Tinggi Pertengahan Bulan Ini
Saladin Bakal Di Tayangkan Ramadhan Akan Datang
Maxis Sediakan Pakej Untuk Bandwith Tambahan
HTML5 Dipanggil Sebagai HTML Sahaja
#Info : Mari Kenali Akan Fail Format Matroska Video

15 Komen

  1. finalcross pada 07 Aug 2009

    owhhh…kalo tapis porno je aku stuju sgt laa….tp jgn sampai nk tapis blog2 yg berkualiti plak. THank God…

  2. Anarm pada 07 Aug 2009

    typo bro..
    “Sebelum itu, Daruk Seri Rais Yatim..”

    • aMaNz pada 07 Aug 2009

      oooppsss. tersengaja. hehe.
      wokey. dah btolkan. thanks =D

  3. Khai pada 08 Aug 2009

    ek eleh…. rais yatim, come on bro… ape tapis tapis ni.. bukan korang yg bayar bil internet aku bulan2.. aku nak tulis pasal politik ke, aku nak layan web lucah ke, aku nak buat ape pun aku punya pasal la.. malaysia x boleh betul la ko ni…

    saudara rais yatim kalau guna internet sekadar nak bukak email je boleh la.. kami ni bukan tu je.. mcm2 benda lagi nak buat…

    Thanks DS Najib!! I love u lebeh la… jgn cencor ok.. itu tidak kool!!

  4. megat pada 08 Aug 2009

    setuju dengan khai!

    alah kalau nak lakukan perkara buruk, banyak cara lain yang boleh dilakukan. perkara seperti ini berlaku kerana sikap individu itu sendiri.

    lebih baik tumpukan kepada pembangunan insan dari dok blok sana blok sini. not practical anymore!

    thanks DS Najib ;)

  5. novatech pada 08 Aug 2009

    nak block macam mana sekali pun aku tak berapa kisah
    yang penting connection stable+sentiasa laju

    kalau block aku tunnel out :D

  6. Sham Hardy pada 08 Aug 2009

    tu ahh aku baca gak berita semalam, alhamdulillah syukur dia tak block, nasib baik PM kali ni paham psl internet, yelaaa.. dia pon ada twitter, facebook ngan flickr gak kan? :P

    thanks Najib!

  7. mohdisa pada 08 Aug 2009

    haha, tahu takpa…cam mana nak maju. duk tapis2…otak tak berkembang lansung. takut ckp takut. ini nak bagi alasan yang bukan2. :P

  8. hydir pada 08 Aug 2009

    TM kan dah ada software tapisan2 ni..
    so sapa yg berminat .. gi le langgan

    utk user lain .. educate them ..
    hoho

  9. xflixz pada 09 Aug 2009

    hmm..aku rasa ini satu taktik utk mengaburi mata kita..

    hmm..lets see what happen..

    huhuh..

  10. ejam pada 10 Aug 2009

    apa barang main tapis2 nie…

  11. ejon pada 10 Aug 2009

    pergi tapis berita tv dulu

  12. keiroro pada 03 Sep 2009

    bagi aku kalau di Malaysia tapis web porno jela.

    yang lain-lain x perlu langsung. ;D

  13. razak pada 11 Oct 2009

    alaa…..rais yatim x cool la
    tapis la mulut ahli politik dulu sebelum tapis web internet nie…..


Tinggalkan Komen Anda