24Aug

Nokia Memperkenalkan Mini Laptop – Booklet 3G

Gajet

Sebelum ini kita sudah mendengar ura-ura mengatakan bahawa Nokia bakal menceburi pasaran laptop mini atau yang mana dikenali sebagai netbook. Hari ini, Nokia memperkenalkan Booklet 3G, yang mana merupakan laptop mini yang menggunakan prosessor Intel Atom, dan membawa sokongan 3G.

Nokia Booklet 3G

Buat masa ini, ianya dilihat bersama sistem operasi Windows 7, selain membawakan skrin sebesar 10.1 inch. Menariknya, Nokia Booklet 3G juga membawakan ruangan sim kad yang diintegrasikan bersama, memudahkan anda berhubung dengan yang lain melalui liputan 3G dengan mudah, tanpa perlu sebarang perkakasan tambahan. Selain daripada itu, laptop mini dari Nokia juga membawakan fungsi-fungsi yang menjadi kebiasaan laptop, seperti Bluetooth dan juga sokongan WiFi, selain membawakan jangka hayat bateri sehingga 12 jam.

Harga Booklet 3G ini masih tidak diketahui dan belum diumumkan secara rasminya lagi. Ianya dijangka akan diumumkan pada acara Nokia World 09 yang bakal diadakan pada 2 September 2009 kelak.


Google Memperlihatkan Chrome OS
Galaxy S2 Versi Windows Phone Dalam Pembangunan?
DiGi Kini Menawarkan HTC Evo 3D Dan HTC ChaCha
Nokia Lumia 910 Dengan Kamera 12 Megapixel Pada Bulan Mei Kelak?
Nokia, Samsung Dan Apple Kini Merupakan Tiga Pengeluar Telefon Bimbit Utama Dunia

13 Komen

  1. More Gizmo pada 25 Aug 2009

    pergh…memang mantap..semua berebut nak masuk market netbook ni..aper cerita ni ? tapi nampak mantap la plak kan??

    • aMaNz pada 25 Aug 2009

      Pergh. Ada blog baru lak yerk. Huhu.

  2. Arib :) pada 25 Aug 2009

    Fuh!
    Cair aku tengok netbook Nokia nih :O
    Cayalah! Nokia still the Best :)

  3. megat pada 25 Aug 2009

    cun! sudah pasti nokia bakal mempersembahkan yang terbaik!

    aku memang tak lepas produk nokia ni walaupun masih menggunakan produk lama nokia 3100 kahkahkah

  4. Fahmishah pada 25 Aug 2009

    Lawa, aku desain macam tu.

  5. Sweet Thinker pada 25 Aug 2009

    woot!

  6. Fatin Pauzi pada 25 Aug 2009

    Hish, geramnya nak sambar satu. X(

  7. safar pada 25 Aug 2009

    bukan tak mahu beli.harga pun belum tentu lagi.mungkin
    Nokia nak bagi percuma kot.

    saya sudi jadi orang pertama.

  8. Mantra pada 26 Aug 2009

    Memang tengah mengidam ni. Tunggu masa dan fulus je. Cukup syarat sambar satu. Yang ini? macam mahal jerk

  9. Hamdi pada 26 Aug 2009

    macam lawa jer?
    nak satu aaa

  10. od3n pada 26 Aug 2009

    cool babeh…. tp macbook still my 1st choice..

  11. Zharfan pada 27 Aug 2009

    Ade khabar angin mengatakan hargenye $799 USD….

  12. dzhul pada 29 Nov 2009

    HARGA: anggaran RM2,932 (Euro575) ada keluar dalam harian metro


Tinggalkan Komen Anda