27Aug

Nyah-Aktif Fungsi AutoRun Pada Windows XP dan Vista

Microsoft, Sekuriti

Mungkin ramai pengguna Windows sedia maklum, salah satu sebab mengapa sistem operasi mereka dijangkiti virus adalah disebabkan oleh fungsi AutoRun pada Windows. Untuk mengatasinya, Windows 7 kelak akan menyahaktifkan fungsi tersebut, dan menariknya, anda juga kini boleh menyahaktifkannya pada XP dan Vista.

Pada Windows XP dan Windows Vista, AutoRun dipergunakan pada kebanyakkan peralatan storan, termasuk CD, DVD dan USB thumb drive. Kebiasaannya, fail AutoRun.inf yang disertakan didalamnya akan menjalankan aplikasi lain secara automatik, sekaligus mendedahkan komputer anda kepada virus dengan mudahnya.

Melalui kemaskini yang disediakan oleh Microsoft untuk Windows XP dan Windows Vista, anda boleh menyahaktifkan fungsi AutoRun.inf, sekaligus menidakkan sebarang pemasangan aplikasi secara automatik. Sekiranya, anda perlu memasang sesuatu aplikasi (seperti penggunaan modem USB dan sebagainya), anda perlu lakukannya secara manual.

Anda boleh memuat-turun kemaskini AutoRun ini untuk Windows XP dan Vista daripada laman rasmi Microsoft.


Microsoft Memperkenalkan Thumbtack
Office 2010 Beta Di Muat-Turun Lebih 1 Juta Kali
Windows Untuk Tablet Hanya Akan Diperkenalkan Pada 2012
Halaman Facebook Anwar Ibrahim Digodam
Akaun YouTube Milik Microsoft Digodam - Semua Video Microsoft Dipadam

5 Komen

  1. Anarm pada 27 Aug 2009

    autorun memang sgt bahaya kepada komputer..
    lg 1 elakkan dr double klik kt mana2 fail..

  2. megat pada 27 Aug 2009

    info bagus! memang aku akui terlalu ramai yang hanya tahu guna tapi tak tahu nak belajar teknikalnya.

  3. xun pada 27 Aug 2009

    inilah haprak terbesar Windows. Satu uni infected. :(

  4. mohdisa pada 28 Aug 2009

    betul tu, autorun ni sgt bahaya. tp setelah menggunakan windows 7, masalah ini tiada lagi. hehe

  5. AK pada 01 Sep 2009

    kalu nak sonang pkai r USBscan sbgai pertahanan virus autorun yang pertama…

    http://www.mediafire.com/?znwyzmlau3d

    -sharing is sexy-


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader