17Aug

RockMelt – Pelayar Web Khas Untuk Facebook?

Perisian

Tahun ini kita disajikan dengan pelbagai berita-berita berkaitan pelayar web seperti Firefox, Internet Explorer, Chrome, Safari dan Opera. Terkini, pembangun Netscape dikatakan sedang membiayai pembangunan pelayar web baru, yang dikenali sebagai RockMelt.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat rekabentuk lagi. Pembangunan pelayar web tersebut disertai oleh beberapa orang terkemuka seperti pembangun aplikasi Facebook untuk iPhone, pembangun Firefox dan juga diketuai oleh jurutera disebalik Netscape Navigator. Ianya masih tidak tahu lagi samaada pelayar web ini akan dibangunkan khas untuk Facebook ataupun bagaimana. Mungkin fungsinya kelak akan seperti pelayar web Flock, yang mana ditujukan khas untuk para peminat laman sosial.

Pada masa yang sama, beberapa ura-ura mengatakan, RockMelt juga bakal mempunyai khidmat memendekkan URL mereka tersendiri, yang dikenali sebagai Me.lt.


Office 14 Bakal Di Datangkan Dalam Dua Variasi
Opera 10.51 RC Untuk Windows Sedia Di Uji
IE 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 2 Juta Kali
Mozilla Mula Mengikut Gaya Google Untuk Latar Masa Pembangunan Firefox
Skype Untuk iPad Mula Kelihatan Di AppStore New Zealand

15 Komen

  1. finalcross pada 17 Aug 2009

    still tk nmpk perkembangan lg…

  2. AK pada 17 Aug 2009

    Lolz… rambang mata laa camnie.. banyak btol browser..

  3. megat pada 17 Aug 2009

    wah begitu kuat saingannya! lepas ni tak tahu yang mana yang terbaik. makin byk pilihan makin serabut hu3.

  4. mohdisa pada 18 Aug 2009

    haha…dah banyak pilihan sgt ni…dah la aku tak test lagi safari. huhu…tp apa pun…pada kebiasaannya aku tetap menggunakan mozilla…haha

  5. Anarm pada 18 Aug 2009

    firefox ftw!!

  6. safar pada 18 Aug 2009

    Opera laju tu.macam tak percaya….

  7. Roslan Nazri pada 18 Aug 2009

    ni browser baru ni..ade try aritu..huhu

    • EiNS pada 23 Aug 2009

      Bila ko try? rockmelt belum release pun lg?

  8. lankapo pada 19 Aug 2009

    chrome all the way hehe

  9. haritz pada 19 Aug 2009

    kita tunggu ker la baru tau

  10. fathuri pada 20 Aug 2009

    Assalamualaiku Aman. saya singgah si sini dari blog labanon.
    Wah! best blog ni. Banyak info2 khususnya I.T. Sangat bermanfaat untuk newbie macam saya.

    Salam perkenalan dari saya.

    Oh ya, bilamana Aman ada kelapangan jemput singgah di blog saya ya, dan kongsikan idea Aman. Moga bermanfaat kepada pembaca.

    Salam ceria dari saya dan selamat menyambut Ramadhan

    singgah ye..

    Assalamualaikum

  11. Azah pada 20 Aug 2009

    macam2 la plak..
    haha…
    aku sticll stick pada yg satu..
    encik musang berapi…

  12. Yummi pada 22 Aug 2009

    wah, makin banyak web browsers yang bakal keluar.
    tak sabar nak tunggu update pasal browsers ni :)

  13. zool pada 23 Aug 2009

    Masih tak paham lagi konsep yg ingin diketengahkan dlm Facebook tu..

  14. chokilala pada 23 Aug 2009

    bagus la banyak browser. banyak pilihan. tapi setakat ni kalau setakat nak surf biasa memang aku pilih chrome la. kalau nak guna addons apa sume, stick je la dgn encik musang berapi. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader