Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Isteri Perdana Menteri kita, Datin Rosmah Mansor hari ini telah melancarkan laman web peribadinya, yang mana menumpang alamat laman web Pejabar Perdana Menteri, sebagai usaha menangkis paparan negatif terhadap beliau di alam maya ini. Selain laman web, akaun Twitter @DatinRosmah juga telah didaftarkan.

Antaramuka Laman Datin Rosmah Mansor
Melalui laman web tersebut, beliau mengumpulkan senarai aktiviti terkini yang disertai beliau, disamping memperlihatkan beberapa persatuan dan badan yang disertai beliau. Walaupun MalaysiKini melaporkan bahawa para pengguna boleh mengakses laman web lain pembabitan sosial Datin Rosmah, malangnya, tiada sebarang pautan pun disediakan untuk diakses daripada laman web beliau.
Penggunaan alamat laman web Pejabat Perdana Menteri adalah dianggap kurang bersesuaian oleh saya secara peribadi. Nama domain DatinRosmah.com boleh dimiliki dengan harga kurang daripada RM35 sahaja, atau jika ianya mahal, beliau boleh dapatkan nama domain Rosmah.Name.My pada harga kurang RM1. Malah rasanya mungkin ramai yang sanggup menaja nama domain dan hosting untuk beliau. Selain itu, akaun Twitter yang didaftarkan masih kosong lagi, dan berharap beliau akan mula bertweet bersama rakyat sama seperti yang dilakukan oleh @KhairyJamaluddin, @AmanFirdaus dan beberapa orang yang lain dan tidak menggunakan TwitterFeed atau hanya memperlihatkan diari harian beliau. Apa pun, selamat datang ke arena internet @DatinRosmah.
P.S: Awat tak suruh budak ICT UNiSEL tolong designkan? Hehe.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
boo…haha…
cepat btul ko update erk…aku baru jer dengar dalam buletin tv3
kalau ada domain peribadi lebih baik..
nway not bad web dia kaler pink..
p/s: kalau boleh taja ni dapat value ni.. hehe
aku pon boleh tolong makcik neh..
hehehe, sempat lagi selit amanz punya twiter sebelah kj
eh…. ko budak unisel ker?
ha’a. unisel. hehe. awat?
besarnya rambut. hehe
ye lah..patut beli domain sendiri…bukan mahal pun…sebiji dari mutiara berjuntai dileher…
rasa pelik juga.beli sahaja domain mahal.
mane leh guna rete kerajaan. kan? xpe. nnti akoo tepon bini kak ros, cik na.
Boleh ke??? AKu pun tak tau..
sebab setau aku domain .gov utk hal-hal kerajaan..
dan rasanya isteri PM bukannya jawatan dlm kerajaan..
ntahlah.. mungkin ada term yg benarkan kot.. mungkin aku terlepas pandang kot..
rasanya memang tak bleh. meh kita sebagai rakyat, antar invoice. huhu.
isk isk isk. baca tukartiub lg best. kna ngan rais.