02Aug

Selepas InfoMalaya, Kini Negaraku Pula?

Web 2.0

Tajuk sekadar menarik perhatian sahaja. Sebenarnya, laman Negaraku kini menghadapi masalah untuk diakses, kerana ketika melakukan salinan backup pangkalan datanya, secara tidak sengaja, pentadbir laman tersebut telah terpadam salah satu pangkalan data. Mungkin ianya akan mengambil masa beberapa minggu untuk Negaraku kembali beroperasi seperti sebelumnya.

Negaraku Ketika Beroperasi
Negaraku Ketika Beroperasi Dahulu

Bagi yang tidak ketahui akan laman Negaraku, ianya merupakan salah satu laman bookmark tempatan, yang mana membolehkan para pengguna berkongsi artikel menarik, selain membolehkan pembaca mengundi sesuatu artikel yang dianggap oleh mereka sebagai menarik. Ianya lebih kurang seperti Digg, tetapi lebih ditujukan kepada para pengguna Malaysia.

Pentadbir Negaraku juga kini meminta para penggunanya yang telah mengaktifkan plugin WordPress pada blog mereka, supaya menyah-aktifkannya buat sementara waktu. Negaraku bakal kembali semula dalam masa beberapa minggu dengan beberapa perubahan. Sama-sama kita nantikannya.


AdZara - Media Pengiklanan Tempatan Yang Terbaru
Kini, Bit.ly Menyediakan Rumusan Data Statistik
Selamat Ulang-Tahun Ke-8, WordPress
Aplikasi Android Oh!MediaFM Kini Dalam Pembangunan
Halaman Twitter Mobile Diberikan Nafas Baru - Kini Lebih Pantas

14 Komen

  1. beliamuda pada 02 Aug 2009

    anggaplah ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki lagi negaraku.net

    ~~baru je berjinak dengan negaraku.net

  2. MrRoll pada 02 Aug 2009

    baru nak submit tadi story kat situ..pastu ade note =.=

  3. MakanMalaya pada 02 Aug 2009

    aisey mcm mana la boleh jadi mcm ni. hehe :)
    boring la lepas neh ek.
    aku mmg selalu melawat sana nak check it out latest updates blog kawan2 hehe :)

  4. Sweet Thinker pada 02 Aug 2009

    ye2. harap muncul kembali. pasnie kena lantik crew tapis spam. ade url nk dpt theme utk pligg tak? leh akoo up ganti negaraku sat. hehe!

  5. pcuserz pada 02 Aug 2009

    aiyooo…
    major disaster.

  6. Malaysian Blogger pada 03 Aug 2009

    Jangan risau semua, meh promote kat Malaysian Bloggers

  7. naz pada 03 Aug 2009

    haaah, tak sangka, baru check tadi. selalu gak usha fave artikel kt situ. hope lpas ni akan jadi social bookmark lebih terbaik.

  8. Farid pada 03 Aug 2009

    satu mejor blog tempatan sudah menarik diri, satu ja aku fikir, macam mana kau dapat semangat untuk berblog? amanz.my kau sangat bersemangat. konggarattta!!!

  9. Kill-Vearn pada 03 Aug 2009

    ades.. terkejot gak tgk tweet NH smlm.. tapi apakan daya! hope pasni negaraku akan lebih friendly n jgn benarkan spam melepasi oke!

  10. Junaidix pada 03 Aug 2009

    bab “terpadam” ni yang aku paling ngeri kalau terjadi kat msjbox! aku wat daily backup utk database.. huhu..

  11. haritz pada 03 Aug 2009

    negaraku dah jadi kemestian, aduh tak boleh promo ler huhu :)

  12. hydir pada 03 Aug 2009

    macam2 berlaku rupanya

  13. Khai pada 03 Aug 2009

    Camne leh “terpadam” tu.. ngeri beb.. pe pon doakan smoga negaraku.net kembali seperti biasa atau lebih baik.

  14. eyeman pada 04 Aug 2009

    kita tunggu ajelah negaraku kembali..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader