• Snow Leopard Di Datangkan Bersama Anti-Malware?

    Seperti sedia maklum, Mac OS X 10.6 yang juga dikenali sebagai Snow Leopard akan dilepaskan pada hari Jumaat ini secara rasminya. Menariknya, hari ini beberapa laporan memperlihatkan yang mana Snow Leopard bakal didatangkan dengan fungsi anti-malware, menjadikan sistem operasi anda selamat dari gangguan malware.

    AntiMalware
    Notifikasi Anti-Malware Pada Mac OS X [via]

    Sistem operasi Mac OS X dan Linux adalah kurang dijangkiti oleh virus dan malware jika dibandingkan dengan sistem operasi Windows. Walaubagaimanapun, pihak Apple tetap mengambil langkah berhati-hati dengan mengintegrasikan fungsi antimalware untuk memastikan sistem operasi mereka dan komputer para penggunanya selamat dari sebarang gangguan pihak ketiga.

    Ianya masih tidak diketahui bagaimana ianya bakal beroperasi. Daripada paparan antaramuka yang kelihatan di web hari ini, ianya memperlihatkan yang mana sebuah fail yang dimuat-turun melalui Safari diperlihatkan mempunyai malware yang berbahaya untuk komputer.

14 Komen

  1. Hamdi on 26 Aug 2009

    bro
    ejaan ada salah tuh
    ehehe
    perenggan bawah screen shot tuh
    baris last skali
    sebarang gangguna pihak ketiga.
    bukan gangguan ke?
    ehehe

  2. Nikuve on 26 Aug 2009

    Um.. actually ni benda apa?

    • aMaNz on 26 Aug 2009

      Kalo cam komputer biasa kan guna Windows. Kalo komputer atau laptop dari Apple, diorang guna OS diorang sendiri, yang diberi nama Mac OS X. Snow Leopard nie, versi terkini sistem operasi mereka. Huhu.

      • Nikuve on 30 Aug 2009

        Oh, macam tu ke.. agaknya faham kot.. hehe..

  3. haritz on 26 Aug 2009

    info yang baik, tp aku pakai Window jer

  4. xun on 26 Aug 2009

    this is awesome!
    is it a integrated anti-malware system?
    because, so far, i watch the Snow Leopard Server video, they did say something about Clam AV or virus scanning method.

    woot!
    this is truly awesome!

    • aMaNz on 26 Aug 2009

      Erm. Rasanya integrated kot. Sebab screenshot pun tak tunjuk any sign of Clam AV. Huhu. Anyway, just wait for this friday. :D

  5. MonsterBuzz on 26 Aug 2009

    Terasa nak tukar Mac la camni. oh oh.

  6. safar on 26 Aug 2009

    Berhati-hati apple ni.bagus tu sediakan payung sebelum hujan.
    Sebab saya rasa pelik tu.selalu syarikat buat os sahaja.ini
    apple buat komputer dan os sekali.takut penat nak bayar gaji
    pekerjalah.

  7. mohdisa on 27 Aug 2009

    cam best jerk, tak sabar aku nak mengejar mac lappy nnt. ades, bilakah aku mampu mempunyai satu mac pc ni. huh

    • xun on 27 Aug 2009

      mungkin, boleh try dengan Hackintosh dulu? :P

      • mohdisa on 28 Aug 2009

        just install mcm baias ke? aku tak pernah try mac lg, sama ke cam linux?

  8. Mantra on 27 Aug 2009

    Sugguh advance nama diberi. Anyway windows pun tak mampu nak explore hehehehe

  9. safar on 27 Aug 2009

    Aman takkan duduk diam je.kita kena buat sesuatu ni.buat Os yang lebih canggih daripada mereka.


Tinggalkan Komen Anda