06Aug

[Kemaskini] Twitter Kembali Beroperasi Semula

Web 2.0

Twitter kini sudah tidak boleh diakses lebih kurang untuk sejam yang lepas, dan ramai penggunanya mula meluahkan perasaan pada Facebook. Laman carian Twitter masih boleh diakses buat masa ini, dan laman status Twitter sedang dikemaskini dengan status semasa Twitter.

Kejadian tidak boleh mengakses laman mikro-blogging paling popular itu menjadikan para penggunanya panik. Twitter telah menjadi antara medium penyebaran berita paling pantas buat masa kini, dan ramai yang bergantung padanya untuk mendapatkan seumber-sumber berita terkini.

Twitter mengatakan bahawa laman mereka kini menghadapi serangan DDos, dan mereka akan mengemaskini status mereka dari masa ke semasa. Masih tiada sebarang berita lanjut berkaitan dengannya. Selain daripada Twitter, beberapa pengguna juga menghadapi masalah untuk mengakses Facebook, walaupun ianya tidak memberi sebarang masalah untuk saya buat masa ini.

Kemaskini : Twitter sudah boleh diakses semula, walaupun masih sedang menghadapi serangan DDOS.


Selepas Ikon, Kini Connection
Blog Chedet Berpindah Alamat
Hanya Dua Versi Utama WordPress Mulai Tahun Hadapan
MediaFire Menjadi Laman Perkongsian Fail Pilihan Utama Pengguna Tempatan
Anonyupload.com Dibuka Untuk Pendaftaran - Mengesahkan Bukan Ahli Anonymous

15 Komen

  1. Fahmishah pada 06 Aug 2009

    Aku fikirkan Malaysia dah block Twitter. Haha

    • Khai pada 06 Aug 2009

      kalau twitter kene block kat malaysia, abang najib kita pon mesti turun join demo.. ehehehe… sbb dia pun hantu twitter gak (or at least dia tahu twitter tu ape)..

      • aMaNz pada 06 Aug 2009

        Bukan dia ar. Bro @Khairy yang akan turun. Pak Jib tak taw ape-ape. Hehe.

      • chokilala pada 06 Aug 2009

        betul. @khairykj je yang demo. @najibrazak xtau pape dowh. assistant dia je tu. hoho

        facebook jammed sebab bila twitter down orang gi facebook. hehe

  2. Akuro San pada 07 Aug 2009

    lorr… semua org tak leh masuk twitter rupanya… saya ingatkan, internet rumah saya nih yg lembab… : P

  3. Kreuger pada 07 Aug 2009

    tensen semua jem..
    twitter… pesbook.. WIMAX pon jem..
    ape kes ar malangnya malam ni?

    • zaryl pada 07 Aug 2009

      baru ingat nk langgan P1… huhu

  4. myadlan pada 07 Aug 2009

    haha. tak pasal2 twitter kena hack jgak..

  5. topo pada 07 Aug 2009

    semua jadi tak keruan je tadi bila twitter jam.. hohoho dah xtau nak mengadu kat sape.. hohoho

    • zaryl pada 07 Aug 2009

      hehe. meh ngadu kat aku po. meh le.. hehe

  6. mrahfa pada 07 Aug 2009

    Connection.my ada try implement twitter status, tapi dah beberapa event twitter down, bila kita buat API call kepada server mereka dan mereka tak respon, laman connection.my pun turut jadi slow(slow gile).

    Terpaksa lah tangguh dulu, maybe bila dah incorporate 2,3 server baru nak enable semula.

  7. loq pada 07 Aug 2009

    sangat blurr bile twitter tak dapat acsess

  8. mohdisa pada 07 Aug 2009

    wat aku cuak jerk twitter ni, dah la medium untuk aku cari rakan2 aku. hehe

  9. megat pada 07 Aug 2009

    hahaha. luahan rasa dari pengguna tegar twitter!

    aku pun dah rasa pelik nak update status melalui FB. janggal rasanya.

    tapi yang paling utama janji host blog masih stabil he3.

  10. safar pada 07 Aug 2009

    Luahkan perasaan pengguna kepada Twitter dan Facebook.

    Facebook duit punya banyak.bagaimana boleh kena godam.pelik?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader