15Aug

Windows 7 Bakal Menyokong Sehingga 192 GB RAM

Microsoft

Pembangunan Windows 7 sudah pun mendekati peringkat akhir dengan pelepasan versi RTM tempoh hari. Kini, Microsoft mula mendedahkan beberapa perkara berkenaan dengan apa yang Windows 7 bakal menyokong kelak. Terkini, mereka memberitahu, Windows 7 bakal menyokong sehingga 192 GB RAM.

Sebelum ini, Vista hanya berupaya menyokong sehingga 128 GB RAM. Walaubagaimanapun, ini keupayaan RAM sebanyak ini hanya boleh disokong sekiranya anda menggunakan sistem 64-bit dan bukannya 32-bit. Sekiranya anda masih menggunakan sistem 32-bit, keupayaan maksimum yang disokong adalah 4GB RAM sahaja, sama seperti yang disokong pada Vista dan XP 32-bit.

Kini, dengan perkembangan teknologi yang memperkenalkan pelbagai perkara baru setiap hari, Microsoft mula memberikan perhatian sepenuhnya pada pembangunan sistem 64-bit. Beberapa ura-ura mengatakan bahawa Windows 7 bakal menjadi sistem operasi dari Microsoft yang menyokong sistem 32-bit. Windows 8 kelak dijangka akan dibangunkan khas untuk sistem 64-bit sahaja. Windows 7 bakal dilepaskan kepada umum pada 22 Oktober 2009 kelak.


Microsoft Mengambil Alih Domain Bing.com
Antaramuka Khas Win 7 Pada Tablet Dari UI Centric
Windows 8 Beta Sedia Dimuat-Turun Pada Awal Tahun 2012
Muat-Turun Sebarang Distro Linux Dengan Mudah Melalui Get Linux
Xbox Generasi Akan Datang Lebih Enam Kali Ganda Berkuasa Berbanding Xbox 360?

29 Komen

  1. Roslan Nazri pada 15 Aug 2009

    nice aku nak pakai 1 tera ram..hehe

  2. muhdzahari pada 15 Aug 2009

    buat apa la guna RAM banyak-banyak.
    bak sket kat aku. aku pakai 512 je. huhu..
    sungguh ketinggalan.

    • izuddin.helmi pada 15 Aug 2009

      Buat apa? Ini contoh aplikasi 6 gb ram (semua dibuka pada satu masa) dan telah aku cuba..

      - Photoshop ( 4 files – 100++ layers each)
      - Firefox (70 tabs)
      - Far Cry 2 (High End 3D Games)
      - Hawx (High End 3D Games)
      - Yahoo Messenger (8 people, 1 Webcam)
      - Microsoft Word (2 files)
      - Adobe Reader (2 files)

      Langsung tak lag, maybe boleh open banyak lagi time tu..

      • chokilala pada 23 Aug 2009

        gile kentang la bukak mcm2. utk org yang betul2 buat keje dgn komputer boleh kot. aku setakat buat keje sambil ym je. haha. setakat ni masih boleh survive dgn RAM 512. haha

  3. blowie pada 15 Aug 2009

    gile la ram banyak nak mampuih

  4. AK pada 15 Aug 2009

    woiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .. gilo ke apo RAM dyerk. nak buat per banyak sangat RAM?

  5. megat pada 15 Aug 2009

    pergh, byknya RAM! memang boleh pkai RAM banyak, cuma ongkosnya yang tak banyak hu3.

    tak sabar pula nak test win 7!

  6. Tom W. pada 15 Aug 2009

    Don’t get a single thing you said, this has been introduced long time ago, about a month ago.

    -Tom W.
    Neowin.Net

  7. Mantra pada 15 Aug 2009

    besar nye la ram tu. Ram ku pun br 1gb huhuhu

    • Kreuger pada 16 Aug 2009

      same la.. aku lebih skit..
      1.5 jer.. mane nak korek
      sampai 128Gb tuh? pergh…

  8. zool pada 15 Aug 2009

    Ala.. byknya RAM..
    aku pakai nak surfing internet je..
    Game pun takde PC ni

  9. safar pada 15 Aug 2009

    setakat RAM komputer yang ada dekat rumah.
    tak sampai pun besar macam tu.

  10. Kreuger pada 16 Aug 2009

    biar betoi beb.. 128Gb RAM??? wah kalau dulu
    128Mb dah kira besar.. sekarang ni dah mencecah ke 128Gb?
    oh aku sungguh ketinggalan…

  11. Anarm pada 16 Aug 2009

    bapak.. banyak giler..

  12. mohdisa pada 16 Aug 2009

    wah…ini mcm kena kumpul wang la…mahu pakai ram banyak2…jadilah klu dapat 8G pun.

  13. naz pada 16 Aug 2009

    makkk aih, bapak besar. bapak laju nih

    • mohdisa pada 16 Aug 2009

      jgn ram je besar. tp tak serasi ng processor sudah. hehe…satu lg…192GB ni mana nak cari kat malaysia. nak kena wat server sebijik baru gempak. hehe

  14. finalcross pada 16 Aug 2009

    sape rase2 nak beli RAM DDR2 aku? aku tersalah beli plak. aisey…
    brand Corsair 2GB (gaming memory)

  15. ejam pada 16 Aug 2009

    dh besar tu mesti pantas sgt kursor tetikus tu lari…puas ler nk mengejar kursor tu…hehehe

  16. Lanun pada 17 Aug 2009

    berlagak eh izzudin..mcm ko sorng je yg pandai..br pandai bce buku ke? gne je la stakat yng mmpu..klu dah men game ok bukak tu bukak ni..pkai 2gb pun da ok la..pc ko sorng je leh msk 192gb..huahuahua..

  17. Luth Textile pada 21 Aug 2009

    hebat! akunye pakai 1.25gb lg.. sket

  18. Safar786 pada 21 Aug 2009

    aku rase klu pc BIASE gne 192G RAm,meletop PC tu…B Care Ful Pren!!!

  19. apiz pada 21 Aug 2009

    biasanye syarikat besar yang menghasilkan movie @ productions yang gne ram2 bsar nih….

  20. EiNS pada 23 Aug 2009

    Sokongan ram2 yang besar penting untuk supercomputer…makin bagus multitasking jadinya…

    Aku biasa guna x86 32bit windows…tapi sucks gila takleh support ram 4gig ke atas…

  21. xy man pada 25 Aug 2009

    R.A.M bnyak then R.M pown bnyakkan??
    huhu..den x kayo

  22. keiroro pada 03 Sep 2009

    perghhh!!! besar betul saiz ram.

    tp takkan nak pakai kat laptop kot kan ?

    utk mainframe or supercomputer okla. ;D

  23. fndrocka pada 01 Oct 2009

    kalau setakat nak blogging 10 blog skaligus sambil main facebook dan dgr mp3. 1 gig memadai dah utk aku……..


Tinggalkan Komen Anda