25Aug

Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial

Yahoo!

Selain GMail yang mendapat perhatian para pengguna seluruh dunia, Yahoo! Mail juga merupakan salah satu aplikasi emel web yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, pihak Yahoo! memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk perkongsian gambar, pengintegrasian aplikasi pihak ketiga, selain memperkenalkan beberapa fungsi sosial ke dalam Yahoo! Mail.

Yahoo! Mail
Antaramuka Halaman Utama Yahoo! Mail Yang Baru

Kini, setelah log masuk ke dalam Yahoo! Mail, anda akan dapat melihat kemaskini semasa rakan-rakan anda dari laman-laman sosial yang lain seperti Yelp, Flickr, Twitter dan banyak lagi. Ini memudahkan anda mengikuti rakan-rakan anda, selain mengetahui aktiviti semasa rakan anda dengan lebih mudah lagi.

Untuk para penggemar gambar dan foto, kini anda boleh memuat-naik gambar dan foto anda kedalam emel yang ingin dihantar dengan amat mudah sekali. Thumbnail imej yang dimuat-naik juga diperlihatkan setelah ianya selesai dimuat-naik ke dalam emel, selain saiz foto yang dipertingkatkan daripada 10MB kepada 25MB.

Selain daripada itu, kini anda boleh mengintegrasikan aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi PayPal, Xoopit dan banyak lagi ke dalam Yahoo! Mail melalui Application Box yang diintegrasikan ke dalam emel Yahoo! Mail. Pelbagai aplikasi web baru juga akan ditambah dari masa kesemasa, menjadikan inbox anda lebih interaktif berbanding sebelumnya.

Bersama-sama dengan ini, Yahoo! Mail versi mudah alih juga menerima perubahan antaramuka, membolehkan anda melihat dan menggunakan emel Yahoo! pada bila-bila masa dengan lebih mudah lagi. Fungsi-fungsi baru ini akan diperkenalkan kepada kesemua pengguna secara berperingkat bermula daripada hari ini.


Lihat Entri Blog Terbaru Rakan Melalui YM!
Yahoo! Ingin Menjadi Laman Sosial Terbesar?
Sertakan Imej Pada GMail Dengan Lebih Mudah
Yahoo! Mengeluarkan Carta Carian Tahun 2010
Flickr Memperlihatkan Aplikasi Untuk Windows Phone 7 dan Windows 7

19 Komen

  1. megat pada 25 Aug 2009

    wah semakin menarik servis dari yahoo ni. kalau dibandingkan dari segi antaramukanya, yahoo mail lebih menarik!

  2. JHafiz pada 25 Aug 2009

    tapi xramai yg create akaun yahoo profile kan? tgk yahoo profile da macam Facebook plak, leh set status,pstu org blh komen kat bwh.. yg yahoo baru mmg best, blh set emel dr connection kita, so dapat taw ada emel dari connection kita. connection tu kite leh setkan. letak family ke.. so bila sampai kat depan emel tu, leh taw ade emel dr family kita(connection). xyah la nk selak satu2 nk cari emel dr family.. Yahoo! mmg dah mudahkan urusan saya. Suke3!

  3. Imran pada 25 Aug 2009

    tapi kan, bila google wave dah dibukak utk publik, mungkin ia akan bury all other email for good

    • ika pada 06 Sep 2009

      wah cutenya your face!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. Eriyza pada 25 Aug 2009

    Cun jugak.

  5. Anarm pada 25 Aug 2009

    x berat ke yahoo masukkn bende mcm2 kt situ?
    aku bukak yahoo mail aku berat nk mampos

  6. safar pada 25 Aug 2009

    yahoo mail tetap menjadi pilihan nombor 1.semua orang minat.

  7. myadlan pada 26 Aug 2009

    bila nak start launching die ni? aku nye yahoo mail sama je..takde beza

    • su pada 09 Dec 2009

      sabo la

  8. od3n pada 26 Aug 2009

    aq suke lg interface google yg simple

  9. finalcross pada 26 Aug 2009

    still prefer the simplicity of gmail. hehe

  10. maya pada 09 Sep 2009

    sakit ati gan yahoo ne. kdang2 susah tol nk buka laaaaaa.

  11. dal pada 11 Sep 2009

    npe yg aq nk cri pyh cgat nk jmpe erk?????

  12. rushairo anuar pada 16 Sep 2009

    yahoo pun kadang-kadang susah nak on le

    • su pada 09 Dec 2009

      betul3

  13. rushairo anuar pada 16 Sep 2009

    same je ngan yan lame

  14. ieyka pada 10 Oct 2009

    ramainye kwn…….

  15. su pada 09 Dec 2009

    test j.betul k tak yg i buat ni

  16. su pada 09 Dec 2009

    camne y..saya x expert bda cmni


Tinggalkan Komen Anda