25Aug

Yahoo! Messenger 10 Beta Sedia Di Cuba

Perisian, Yahoo!

Salah satu aplikasi dari Yahoo! yang diminati oleh para penggunanya adalah Yahoo! Messenger. Selepas memperkenalkan Yahoo! Messenger 9 pada tahun lepas, kini mereka sudah mula membangunkan versi terkini YM! iaitu Yahoo! Messenger 10. Versi beta YM! 10 sudah boleh dimuat-turun dan diuji oleh para penggunanya buat masa sekarang ini.

Salah satu fungsi utama dalam Yahoo! Messenger 10 adalah fungsi panggilan video berkualiti tinggi, sama seperti pada Skype. Dengan menggunakan webcam anda, anda kini boleh membuat panggilan video menggunakan skrin penuh, selain menikmati kualiti video dan audio yang berkualiti tinggi.

Yahoo! Messenger 10
Tetingkap Yahoo! Messenger 10

Selain daripada itu, pelbagai fungsi sosial juga mula diintegrasikan ke dalam Yahoo! Messenger 10. Melalui tab “Updates” yang baru, anda dengan mudah boleh melihat kemaskini semasa rakan anda dari laman-laman sosial seperti Flickr, Yahoo! Buzz, Twitter dan pelbagai lagi dengan mudah sekali.

Yahoo! Insider yang diperlihatkan setiap kali anda log masuk ke dalam Yahoo! Messenger juga memperlihatkan perubahan, dimana rekabentuk Insider baru diperkenalkan. Kini, ianya lebih tersusun, selain memperlihatkan kemaskini daripada Yahoo! Mail, dan berita-berita semasa dan banyak perkara lagi. Navigasi ke Yahoo! Insider juga ditambah pada tetingkap utama Yahoo! Messenger, membolehkan anda membuka Yahoo! Insider pada bila-bila masa sahaja.

Anda juga kini boleh mengubah bahasa pilihan anda dengan mudah, dimana setiap kali ingin log masuk, anda diperlihatkan dengan pilihan lebih 16 bahasa berlainan. Selain daripada itu, beberapa rekabentuk ikon baru diperlihatkan pada tetingkap IM Yahoo! Messenger 10.

Walaupun versi penuh Yahoo! Messenger 10 masih belum siap, anda boleh mencuba versi beta Yahoo! Messenger 10, dan mencuba segala ciri-ciri baru yang bakal diperkenalkan dalam Yahoo! Messenger 10 kelak.


Yahoo! Memperkenalkan Search Pad
Office 2010 Technical Preview Sudah Bocor Di Internet?
Opera 11 Beta Sedia Di Muat-Turun
Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital - Melancarkan Aplikasi Untuk iPad
Chrome Kini Mendahului Internet Explorer Sebagai Pelayar Web Paling Popular Di Dunia

20 Komen

  1. Imran pada 25 Aug 2009

    tnx. terus mengdownload neh :D

  2. Khai pada 25 Aug 2009

    aku pon.. donlod terus.. haha… aman cayang…..

  3. megat pada 25 Aug 2009

    mau test! itupun sebab integrasi dgn twitter ;)

  4. zul pada 25 Aug 2009

    wah good la…cam facebook pun ada lah…

  5. Khai pada 25 Aug 2009

    sudah install.. terbaik.. hehehe!! ada status update.. cam facebook la plak kan.. hehe

  6. beliamuda pada 25 Aug 2009

    mahu dicuba sekali weh..:)

  7. Nikuve pada 25 Aug 2009

    Baguih2… download skrg juga!

  8. JHafiz pada 25 Aug 2009

    ha3… da kuar pon artikel ni kat amanz.my. actually saya da pakai YM ni hampir dua bulan. Tapi mmndangkan faktor masalah yg mmbelenggu saya sblum ni, so saya xpublish artikel sal ni. dulu,jenguk jgk kata amanz.my tapi xde lg artikel sal ni. heran plk tgk kawan sy da pakai. tgk kt filehippo pon xdak gak. last2 jmpe link dari blogger Indon.. xkesah la. jnji boleh pakai… :D

  9. JHafiz pada 25 Aug 2009

    paling best, dapat tgk update status YM kawan² yg akan kuar dr sbelah kanan bawah tu. macam notification bila kawan² kita kuar dan masuk. xcaya, cuba tgk…

  10. Piratz pada 25 Aug 2009

    Aku dah pakai lame dah YM 10 nie. Tapi tak plak versi beta…
    aku punye version 10.0.0.331-us…
    same ke?
    http://mrpiratz.blogspot.com/2009/07/yahoo-messenger-10.html

  11. Roslan Nazri pada 25 Aug 2009

    terbaik la ym 10..huhu..tak pasan pun..nasib aku baca blog ni..hu3

  12. xflixz pada 25 Aug 2009

    wahh..terbaik..mesti download! hehe.

  13. Anarm pada 25 Aug 2009

    aku dh 2 bulan pkai..
    byk gak memori die pkai..

  14. wanfauzan pada 25 Aug 2009

    Aku still pakai yang 8.0 punye.maklumlah, komputer selo gaban.haha.

  15. safar pada 25 Aug 2009

    Yahoo semakin bagus….mesti muatturun ni.

  16. Kill-Vearn pada 25 Aug 2009

    hurm yg ni lain ke dari encik piratz nya? aneh.. nape yg ni kaler mcm biasa? bukan ke ym 10 kaler itam??

    • aman pada 26 Aug 2009

      Yang dulu tue, build lama kot. Cuba usha build number dia. Hehe. Yang kaler tue, boleh diubah mengikut tema YM!. Huhu.

  17. od3n pada 25 Aug 2009

    interface y! msgr 10 nie boleh tahan la dr y! msgr for vista yg die nk kuarkn dulu.. berat sgt n sgt slow.. aq br nk dolod nie hehe

  18. Eriyza pada 28 Aug 2009

    Sdg dicuba tp x bape suka dgn segala
    updates yg ada. Hehehe!!!

  19. sairilsyam pada 01 Sep 2009

    tak boleh access YM kat opis, kena blok. ish..ish..ish


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader