Anda pengguna iPhone? Jadi mungkin aplikasi ini amat berguna untuk anda. Bersempena dengan Kemerdekaan yang ke-52, Infindo Technology membawakan aplikasi khas untuk iPhone yang membawakan koleksi fakta-fakta berkaitan Malaysia, disamping menyediakan informasi berkaitan pengangkutan, pelancongan dan sebagainya.

Aplikasi iPhone 1Malaysia [via]
Buat masa ini, aplikasi 1Malaysia untuk iPhone ini membawakan 6 fungsi asas, iaitu:
- Informasi Pengangkutan Anda boleh mendapat tahu informasi berkaitan pengangkutan awam berhampiran anda, selain menyediakan peta navigasi untuk tempat destinasi anda.
- Pengurus Perjalanan Anda boleh memilih ke mana anda ingin pergi, dan aplikasi 1Malaysia akan memberikan anda panduan untuk sampai ke lokasi dengan menggunakan pengangkutan awam.
- Fakta Malaysia Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan maklumat asas berkaitan geografi, populasi, etnik, ekonomi dan beberapa fakta asas berkaitan Malaysia
- Galeri Gambar Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan beberapa pandangan panorama di sekitar Malaysia untuk rujukan para pengguna
- Tempat Pelancongan Sebuah senarai ringkas berkaitan dengan tempat-tempat pelancongan disekitar Malaysia juga disediakan pada aplikasi iPhone 1Malaysia ini.
- Direktori Aplikasi iPhone 1Malaysia ini juga menyediakan rujukan nombor telefon untuk beberapa jabatan di Malaysia, seperti untuk kecemasan, lapangan terbang, teksi, jabatan kerajaan dan sebagainya.
Aplikasi 1Malaysia ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh para pengguna iPhone di serata dunia.
alahai..bila lah boleh beli iphone ni..kalau tak,boleh dah cuba aplikasi ni..
haha kelakor plak rase.huhu
Mereka cool sungguh kan. Jom buat banyak Apps lagik.
patut ada kempen, 1rakyat 1iphone.. muahaha~
aku sokong cadangan beliamuda…hehehe
woh! bagus gak benda ni..
1 rakyat 1 iphone! XD
wah… haha..
best ah camni.. Sokong sgt! ^_^”
Ada juga yang sokong iphone.
nak beli atau tak nak ni.
huhu… canggih gak
wow…cool..ni kalo datok najib tengok ni mesti die suke kan.hahaha..komfem dapat geran nk majukan aplikasi ni.ye tak?
Dato najib kan berjiwa rakyat.
mesti sokong projek macam ni.
x dek iPhone daaa.. kan best kalau boleh gune kat Sonyjer
gps?
berjiwa rakyat lah sangat. haha.
dah ada grant dari MDec untuk apps iphone. ICON program