10Sep

Extension Di Perkenalkan Kepada Saluran Pembangun

Google

Dalam tempoh setahun sahaja, Google telah banyak membawa perubahan pada pelayar web mereka, Chrome. Dari versi sifar, kini ianya sudah pun mencecah Chrome 4.0, selain salah satu projek Google untuk mengubahnya menjadi sistem operasi – Chrome OS. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan sokongan kepada extension (plugin/addon).

Kini, para pengguna Firefox mungkin beralih kepada Chrome dengan bermulanya sokongan extension pada Chrome secara rasminya. Walaubagaimanapun, ianya hanya dibuka kepada pengguna yang melanggan saluran pembangun sahaja buat masa ini, ataupun lebih tepat lagi, bagi para pengguna Chrome 4.0 dan ke atas sahaja.

Chrome Extension
Salah Satu Contoh Penggunaan Chrome Extensions

Sebelum ini pun, Chrome sudah memperkenalkan fungsi extension pada pelayar web mereka. Namun begitu, ianya memerlukan sedikit ilmu teknikal untuk dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah. Menariknya, mulai hari ini, ianya tidak lagi memerlukan sebarang kepakaran teknikal.

Ini hanyalah merupakan langkah pertama Google, dan banyak lagi akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, sebelum memperkenalkan ChromeOS pada tahun hadapan.


Google Mengintegrasikan Fungsi Kod QR Pada Goo.gl
Google Dan Facebook Inginkan Skype?
Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS
Google Music Beta Memperkenalkan Fungsi Jemputan
Mencipta URL Ringkas Untuk Profil Google+ Anda

6 Komen

  1. finalcross pada 11 Sep 2009

    yosh! google is the best forever. hehe

  2. megat pada 11 Sep 2009

    alamak dah semakin cun! aku harap google yang memang kaya dengan pengiklanannya bakal membawa perubahan besar ke atas applikasi browsernya.

    tunggu utk menjadi pengguna setianya jika dpt beat firefox ;)

  3. AK pada 11 Sep 2009

    firefox da mule ketar lutut…

  4. hydir pada 11 Sep 2009

    kepala otak diorang ligat betul
    bila ada org Malaysia seligat camtu nanti agaknya

  5. safar pada 12 Sep 2009

    Minat lagi Firefox dan opera.biar berat asalkan selamat……..

  6. kaizer pada 13 Sep 2009

    betul tu,bila org malaysia buat web browser sendiri ek?asyik org luar je.Bila crome OS kluar nti baru aku try crome.tentu masa dia release nti betu2 boleh menandingi firefox.


Tinggalkan Komen Anda