11Sep

Facebook Lite Lebih Pantas Daripada Biasa

Web 2.0

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Facebook telah pun memperkenalkan halaman webnya versi ringan yang dipanggil Facebook Lite, membolehkan para pengguna mengakses laman web mereka dengan lebih pantas daripada halaman Facebook biasa.

Facebook Lite Utama
Halaman Utama Facebook Lite

Salah satu tujuan utama pengenalan Facebook Lite adalah untuk membantu para pengguna dengan sambungan internet yang lemah, untuk dapat menggunakan laman Facebook dengan mudah dan pantas. Buat masa ini, ianya hanya boleh dilihat oleh para pengguna daripada US dan India. Masa loading-nya juga agak pantas, walaupun menggunakan proxy.

Facebook Lite Aman Firdaus
Halaman Profail Pada Facebook Lite

Pada ketika ini, Facebook mempunyai lebih 250 juta pengguna dari seluruh dunia dan 65 juta pengguna daripadanya juga adalah pengguna aktif Facebook yang menggunakan telefon bimbit untuk mengakses laman tersebut. Di Malaysia, Facebook merupakan laman sosial terkemuka, menjadi laman kedua pilihan pengguna selepas laman Yahoo!. Friendster dan MySpace masing-masing berada di tangga ke-8 dan juga ke-11.


myMetro Memperkenalkan Antaramuka Baru
Standard Chartered Memperkenalkan Permainan Treeville
GroupsMore - Jimat Lebih Secara Berkumpulan
Twitter Kini Boleh Digunakan Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu
Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Pada Acara iPhone 5?

12 Komen

  1. MK pada 11 Sep 2009

    Wah, camne ko boleh test gak Facebook Lite ni Amanz?

    P/s: Aku tak suke betul apps ‘All My Friends’ tu, tak semena2 je kena tag dengan orang yang aku tak kenal, huhu =.=

    • aman pada 11 Sep 2009

      Hehe. Pakai Proxy beb. Lalalala.

      • MK pada 11 Sep 2009

        oh, begitu. baiklah! hehe.

  2. megat pada 11 Sep 2009

    pakai proxy eh? pakai proxy pun laju? memang mmg litelah kiranya. bila agaknya nak dapat guna hu3.

  3. zelo55 pada 11 Sep 2009

    weh abg facebook…
    cepat2 la wat kat mesia ye…
    pastu buang n ban je tros app yg sampah2…

    terima kasih. sekian.

  4. azraai pada 11 Sep 2009

    aku guna takde proxy rilek jer.

  5. awqi_zar pada 11 Sep 2009

    yup..mcm kate @azraai..facebook lite dh pun ble diakses di malaysia..mashable.com pun de laporan yang facebook lite telah dilancarkan ke seluruh dunia..ak tgh bkak nie..ekeke..

  6. Kill-Vearn pada 11 Sep 2009

    aku tak reti.. ape kata ko wat tuto.. ajar la..

  7. safar pada 12 Sep 2009

    Proxy ? tengok video veoh selalu buat begitu.Facebook pantas dengan proxy.makin rajinlah pakai proxy……

  8. gorgeous pada 25 Mar 2010

    haha,fb lite ni blh tahan la.. untuk s2dent uitm,sesuai sgt.. ssh nak bkk fb if office hour.. huhu,sdih..=(


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader