21Sep

Firefox 3.7 Mula Mengintegrasikan WebGL

Perisian, Sumber Terbuka

Nampaknya proses pengintegrasian sokongan grafik web 3D (WebGL) kedalam pelayar web sedang berlaku dengan pantas sekali. Selepas Webkit mengintegrasikannya seminggu yang lepas, kini versi pembangunan Mozilla Firefox 3.7 juga sudah mula mengintergrasikannya.

Projek WebGL ini sudah beberapa tahun kini dibangunkan, dan ianya mula mendapat perhatian ramai sejak beberapa bulan kebelakangan ini, setelah sokongan kepada WebGL diumumkan oleh beberapa pelayar web terkemuka dunia. Melalui WebGL, ianya akan membawakan sokongan 3D tanpa penggunaan sebarang plugin tambahan. WebGL akan menggunakan fungsi canvas pada HTML5, yang mana HTML5 kini disokong oleh kebanyakkan pelayar web dunia, termasuk Microsoft.

Langkah pertama pengintegrasian WebGL dilakukan minggu lepas apabila ianya diintegrasikan kedalam Webkit. Webkit merupakan salah satu enjin sumber terbuka untuk membaca HTML yang mana dulunya dibangunkan oleh Apple dan digunakan oleh Safari. Kini, Webkit digunakan dalam Google Chrome, dan beberapa pelayar web mudah-alih. Ianya juga dilihat kini, Webkit mula digunakan didalam versi pembangunan Firefox 3.7, yang mana mengguna-pakai nama kod Minefield.


Kini Lebih 20,000 Tema Personas Untuk Firefox
Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3
Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia
Adobe Hentikan Pembangunan Flash Untuk iPhone
Soal Jawab Ringkas Bersama Pembangun simpleLinux

Tinggalkan Komen Anda