19Sep

Firefox 4.0 2 Kali Ganda Lebih Pantas Banding FF 3.5

Google

Sebelum ini telah diperkatakan bahawa Mozilla Firefox 4.0 akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung tahun hadapan. Kini perkara itu disahkan oleh CEO Mozilla, selain menyatakan bahawa Firefox 4.0 kelak akan membawakan kepantasan lebih 2 kali ganda berbanding Firefox 3.5.

Dalam satu temuramah bersama NetEase, CEO Mozilla mendedahkan masa depan Firefox, dimana Firefox 4.0 akan dilancarkan pada penghujung tahun hadapan, iaitu antara bulan Oktober 2010 ataupun bulan November 2010. Buat masa ini, Firefox 4.0 dijangka akan membawakan antaramuka yang serba baru bagi para pengguna, termasuk untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux, selain membawakan kepantasan lebi 2 kali ganda berbanding Firefox 3.5.

Selain daripada itu, Firefox 4.0 juga akan mengintegrasikan fungsi JetPack dan juga Weave ke dalam pelayar webnya kelak. Buat masa ini, Mozilla sedang giat membangunkan pelayar web Firefox 3.6 yang dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini.


Google Chrome 0.3.154.9 Menyelesaikan Masalah Sekuriti
Google Turut Menyambut Piala Dunia 2010
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 13 Oktober
Bolehkah BrowserID Daripada Mozilla Berjaya Dan Digunakan Ramai?
Pandang Pertama Samsung Galaxy Nexus

11 Komen

  1. megat pada 19 Sep 2009

    2 kali ganda lebih laju? harapan aku macam tu lah. tak sabar nak tunggu firefox 4!

  2. Roslan Nazri pada 19 Sep 2009

    2 kali ganda kuat makan ram..percayalah..dia kene bina lite browser macam shiretoku forefox 64bit version atau macam chrome..hu3

  3. mrahfa pada 19 Sep 2009

    aman, title salah eja tu.
    “Firefxox 4.0 2 Kali Ganda Lebih Pantas Banding FF 3.5″

    Salam aidilfitri :-D

  4. zool pada 19 Sep 2009

    aku still 3.0 lagi…

    • Lukman pada 19 Sep 2009

      sama la kita..:D

    • apiz pada 20 Sep 2009

      cepat2 le download yg baru…. x susah pon…. he he..

  5. Life Mujahid pada 20 Sep 2009

    Firefox Memang Best!

  6. azizan pada 20 Sep 2009

    ye..
    bebarang org israel ni mmg ramai org suka

    maihaihaiha

    selamat hari raya

    • lol pada 20 Sep 2009

      BARANG ORG ISRAEL? hm aku pun tak tau, nko bleh tunjuk bukti x? tp klu firefox tu org israel punye pon bukan kita bagi duit kat depa pon.

      • izzat aziz pada 22 Sep 2009

        smua nk israel x de bnda nk guna ah.. klau ada alternatif yg bgs tkpelah..

  7. Minato pada 11 Dec 2009

    cuba la dulu baru tahu jgn komen apa2 lagi dah cuba baru komen ciyookk!!


Tinggalkan Komen Anda