07Sep

Firefox 4.0 Bakal Di Lepaskan Hujung Tahun Hadapan

Perisian, Sumber Terbuka

Walaupun masih sedang membangunkan Firefox 3.6 (Namoroka), Mozilla telah selangkah kehadapan dengan membuat perancangan untuk Firefox 4.0. Melalui peta masa yang disediakan oleh Mozilla, ianya memperlihatkan yang mana Firefox 4.0 bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga atau keempat 2010 kelak.

Peta Masa Mozilla 4.0
Peta Masa Mozilla

Seperti yang diketahui sebelum ini, Mozilla Firefox 4.0 bakal membawakan antaramuka dan rekabentuk serba baru, selain membolehkan pengasingan proses untuk tab baru, pengintegrasian JetPack dan juga Mozilla Weave. Sebelum Firefox 4.0 dilepaskan secara rasminya, dua lagi kemaskini pelayar web Firefox akan dikeluarkan, iaitu Firefox 3.6 dan juga Firefox 3.7.

Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, dan Firefox 3.7 pula dijangka akan dilepaskan pada suku tahun pertama atau kedua tahun hadapan. Menariknya, selepas ini, setiap kemaskini akan dilepaskan bersama-sama dengan Mozilla Fennec, iaitu pelayar web Firefox versi mudah alih.


Morro Kini Di Kenali Sebagai Security Essentials
Apple Ingin Mengutamakan Mac App Store Dalam Pembelian Aplikasi?
Rangkaian Sosial Tagged Mengambil-Alih Digsby
Aplikasi Parking Mata Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android
Bolehkah BrowserID Daripada Mozilla Berjaya Dan Digunakan Ramai?

14 Komen

  1. Kaizer pada 07 Sep 2009

    Tak sabar aku nak guna Firefox yg baru ni.

  2. AK pada 07 Sep 2009

    nie yang x tahan tahan nie

  3. megat pada 07 Sep 2009

    hidup firefox!

  4. al-farabi pada 07 Sep 2009

    firefox adalah revolusi kepada web browser yang sedia ada ketika mula-mula ia diketengahkan. aku ada tulis artikel mengenainya dalam blog aku : koleksioss.wordpress.com

  5. Eriyza pada 07 Sep 2009

    Cam best jak.

  6. Beyta pada 07 Sep 2009

    hem… just wait and see…

  7. blowie pada 07 Sep 2009

    firefox 3.5 sucks!

    cepattt la keluar wahai firefox 4

  8. safar pada 07 Sep 2009

    lagi laju mereka buat kerja.mungkin Firefox 4.0 pun laju
    juga.kalau lambat nak buat macam mana.mungkin tinggalkan
    firefox….

  9. finalcross pada 07 Sep 2009

    Emmm,kdg2 firefox 3.5 asik crash memanjang je. pening pale…

  10. Sham Hardy pada 08 Sep 2009

    yaaaa… hidup Firefox!

  11. mohdisa pada 08 Sep 2009

    mantap. hehe

  12. xflixz pada 08 Sep 2009

    hmm..aku pon pening dah firefox ni cepat sgt…huhu..tp aku lagi suke pakai firefox 3.0.13..maleh nk upgrade.. ;0

  13. Azam pada 09 Sep 2009

    ader care nak mudahkan atau cepatkan startup firefox…sebelum saya pakai addon tu, memang sengal gile firefox…tapi bile pakai, fuh, google chrome memang dah tak pakai…

    link kat sini http://damhamaza.com/2009/08/29/jadikan-firefox-3-5-kepada-4-0/

  14. Adney pada 27 Sep 2009

    love firefox!


Tinggalkan Komen Anda