23Sep

Friendster Shoutout Stream – Pengintegrasian Twitter?

Web 2.0

Awal minggu ini, MySpace mengumumkan pengintegrasian bersama Twitter. Jadi apakah perancangan Friendster untuk mengatasinya? Kini, kelihatan seperti Friendster sedang dalam proses ingin mengintegrasikan Twitter, apabila hari ini mereka sudah memperkenalkan Shoutout Stream.

Friendster Shoutout
Halaman Friendster Shoutout Stream

Berbeza dengan sebelum ini sekiranya ingin mengemaskini shoutout pada halaman Friendster, iaitu pada halaman mengedit profail, kini shoutout menerima halaman khasnya yang tersendiri. Lebih menarik lagi, kini para pengguna sudah boleh meninggalkan komen pada shoutout rakan-rakan mereka, sama seperti komen status pada Facebook.

Mungkin ini merupakan langkah pertama Friendster dalam mengintegrasikan Twitter ke dalam laman sosial mereka. Sebelum ini juga, Friendster telah menyertai ribuan pengguna dalam Twitter. Sama-sama kita nantikan perkembangan daripada Friendster dari masa ke semasa.


Office Sebagai Facebook App Melalui Docs.com
Mau.my Di Lancarkan Sebagai Laman Iklaneka Freemium
Baloi.com.my Tidak Aktif Lagi - Berhenti Beroperasi?
Adakah Facebook Bakal Mengintegrasikan Skype Tidak Lama Lagi?
TwitNView Meminta Artis Menghubungi Mereka Untuk Memulangkan Akaun Twitter Asal

5 Komen

  1. arynet pada 24 Sep 2009

    hhe.. semua mesti ada twitter skrg ni kot..

  2. Akmal Hisyam pada 24 Sep 2009

    aku dah tinggalkan myspace dgn frenster ni..
    facebook ftw!!

  3. amoi pada 24 Sep 2009

    mcm fb pung ada

  4. safar pada 25 Sep 2009

    Twitter makin disayangi oleh semua laman
    social……
    takkan Friendster nak ketinggalan kot….

  5. Adney pada 27 Sep 2009

    friendster selalu outdate.. hoho
    Lagi satu diorg x reti2 nak upgrade ke dior punye website? ngerr


Tinggalkan Komen Anda