Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Platform menulis blog kesukaan ramai, WordPress memperkenalkan inovasi demi inovasi dalam setiap versinya. Terbaru, melalui WordPress 2.9 yang sedang dibangunkan sekarang, Automattic bakal membawakan fungsi ringkas untuk edit gambar dan imej secara terus daripada Dashboard.
Menariknya, fungsi ini akan diperkenalkan didalam versi teras WordPress tanpa perlu penambahan plugin dan sebagainya. Ini bermakna, anda dapat menggunakan fungsi mengedit imej yang serba asas seperti kecilkan gambar, pusingkan gambar dan sebagainya tanpa penggunaan sebarang aplikasi pihak ketiga.


Fungsi Edit Gambar Melalui Dashboard [via]
Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dan dijangka akan diperkenalkan dalam WordPress 2.9 yang mana akan diperkenalkan tidak lama lagi.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
perghh.. hebat!
tp aku mungkin tetap menggunakan photoshop kot..
hope diorg fix kan bab caption bawah gambar tu, cuma sesetengah theme je yg jadi
caption tu aku ingat ko kena tambah kod css la juna
WordPress mmg kegemaran aku. Slh satu platform yg mementingkan penambahan fungsi pd setiap versi barunya. luv it.
wah semakin menarik! tetapi tidak diperlukan sgt. aku rasa lebih baik mereka tumpukan pada sekuriti wordpress itu sendiri.
yup.. security.. aku sokong..
wah bestnye, tak sabar..
memang menarik
bila akan siap yer?huhu
buat macam kan senang.tak payah susah-susah cari gambar lain.
Kehebatan WordPress yang tiada tandingan! =P
Semakin mantap. Tapi security more better
bagus jugak sebenarnya. simple tp adakalanya berguna pada masa-masa tertentu.
bab image ni pun aku ada masalah skit, maybe sebab theme yg aku guna. walaupun aku dah centerkan still dalam align none. huh, tp apa2 pun wp the best.