20Sep

GIMP 2.8 Membawakan Perubahan Pada Antaramuka

Linux

Setelah sekian lama, kini disahkan yang mana GIMP 2.8 akan membawakan fungsi satu tetingkap, yang mana telah lama dinantikan oleh para pengguna GIMP. Selain daripada fungsi satu tetingkap, GIMP 2.8 juga akan membawakan pelbagai fungsi baru untuk digunakan oleh para pengguna editor imej sumber terbuka ini.

GIMP 2.8
Rekabentuk Asas Untuk GIMP 2.8 [via]

Menariknya, sekiranya anda sudah biasa dengan tetapan GIMP buat masa ini, yang membuka beberapa tetingkap ketika ingin mengedit imej, anda masih boleh mengekalkannya, dan fungsi satu tetingkap yang bakal diperkenalkan bukanlah satu paksaan. Anda juga boleh mengubah rekabentuk tetingkap GIMP anda mengikut citarasa dan kepenggunaan anda dengan mudah.

Selain daripada fungsi satu tetingkap, ianya juga dijangka, GIMP 2.8 bakal memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang baru, untuk memudahkan para pengguna menggunakan aplikasi sumber terbuka tersebut.


Ubuntu 9.04 Bakal Memperkenalkan Tema-Tema Baharu
Ubuntu 10.04 Di Kenali Sebagai Lucid Lynx
Pendaftaran Joomla! Day Malaysia 2011 Dibuka
Linux Mint 11 Pada Akhir Bulan Ini
simpleLinux Versi Pelayan Dilepaskan - Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua

Comments are closed.