22Sep

GladlyCast Kini Menyokong Plurk

Web 2.0

Setelah menyediakan gateway khas untuk para pengguna Twitter Malaysia untuk mengemaskini status Twitter mereka dengan mudah, kini GladlyCast turut menyokong Plurk, yang mana para pengguna boleh mengemaskini status Plurk mereka melalui SMS sama seperti pada Twitter.

Menariknya, sekiranya anda sudah mengintegrasikan Twitter pada GladlyCast, mengemaskini Twitter melalui SMS turut sama akan mengemaskini Plurk. Sekaligus, ianya membawakan penjimatan kepada anda, dan menjadikan akaun Plurk anda lebih aktif.

Berbeza dengan sokongan untuk Twitter, untuk Plurk, ianya memerlukan anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengaktifkannya. Ini mungkin kerana Plurk masih belum membuka oAuth untuk digunakan oleh para pembangun lain. Walaubagaimanapun, dengan sokongan Twitter yang diberikan oleh GladlyCast, mungkin mereka sudah memenangi kepercayaan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka ini.


Oh! Media FM Bakal Dilancarkan Pada 10 Mac?
Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun
FourSquare Menambah Fungsi Yang Dinantikan - FourSquare Events
AsyikTV Bakal Dilancarkan Pada 11 November - Bakal Bersaing Dengan Tonton?
(Videografik) Bolehkah Google+ Mengatasi Populariti Facebook?

6 Komen

  1. MK pada 22 Sep 2009

    Cepat ja hang Aman, tak reti tido ke, haha.

  2. Anarm pada 22 Sep 2009

    tak paham btol aku ngn budak aman ni..
    ntah cmne la die dpt info cepat cenggini..

  3. gladlycode pada 22 Sep 2009

    Ya, memang tepat sekali. Plurk tidak menyokong oAuth.

    Terima kasih atas sokongan anda dan blog ini. :)

  4. alone pada 23 Sep 2009

    wah.. dah support plurk pulak.. cayalah! :D

  5. Eriyza pada 23 Sep 2009

    Errrr, dah lama tak
    bukak Plurk. :P

  6. loq pada 23 Sep 2009

    bagi aku .
    apps ni tak best selagi aku tak leh reply dari phone
    dapat tweet/plurk je wat pe..


Tinggalkan Komen Anda