Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Baru sahaja dua minggu yang lalu Google Chrome mencecah umur setahun, setelah dilancarkan pada tahun lepas, dan kini Google sudah pun melepaskan secara rasminya Google Chrome 3. Seperti biasa, ianya membawakan kepantasan melayari laman web, selain sokongan kepada HTML5.
Melalui Chrome 3, Google mengatakan bahawa pelayar web mereka kini lebih pantas membaca dan menafsir JavaScript sebanyak lebih 25% berbanding dengan pelayar web Chrome 2. Setiap kemaskini pelayar web Chrome membawakan kepantasan yang mengagumkan, dan keupayaan untuk membuka sesuatu laman web dengan pantas, menjadi kegemaran para pelayar internet.

Fungsi Tema Pada Chrome
Selain daripada kepantasan, Chrome 3 juga membawakan sokongan kepada fungsi tema, membolehkan anda menggunakan tema kegemaran anda pada pelayar web Chrome. Selain itu, antaramuka halaman tab baru juga menerima sedikit perubahan, yang mana kini, ianya lebih kemas dan menarik berbanding sebelumnya.
Chrome 3 juga membawakan sokongan HTML5, yang mana kini menjadi suatu standard bagi semua pelayar web terkemuka dunia. Melalui sokongan HTML5, ianya membawakan sokongan kepada fungsi audio, video dan sebagainya, sekaligus membolehkan para pembangun web menyertakan video dan audio kedalam laman web mereka tanpa keperluan sokongan pihak ketiga seperti Flash dan Silverlight.
Walaupun ianya sudah mencecah angka versi 3.0, Chrome masih belum dikeluarkan secara rasminya bagi pengguna Mac OS X dan juga Linux. Mungkin dalam masa terdekat ini, Chrome untuk Mac OS X dan Linux akan dikeluarkan. Untuk mengemaskini Chrome anda kepada versi terkini, cuma klik pada tab About, dan klik Update.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tak mahu mengalah pakcik google kita ni ngan musang berapi. hehe
biasalah tu, setiap benda mesti ada saingan baru ada keuntungan. nak test jugak la. hehe
jangan la puji sangat crome ini. crome adalah jawapan google kerana ramai pengguna firefox memblok iklan google. if u canot fight them, joint them. so google pun mengeluarkan web browser sendiri.
crome juga adalah spyware. ia akan setiap masa menghubungi google.
ape salahnye kite sentiasa rapat dan saling berhubungan bersama enchek google.ye tak aman..huhu..
kalau nak buka banking online baik guna musang berapi.sekarng ni aku guna dua-dua web browser chrome 4.0.206.1 beta.memang laju.memang betul laju,ringan je rasanya.
saya tidak akan guna google selagi tak suport extension sepenuhnya…huhuh..lagipon dah tweak firefox supaya jadi laju….
kite tunggu firefox kuarkan version 4 plak..
firefox 4 alpha dh ade.. sape dh try test?
dah ada eh? adeh kena test ni
masih tidak dapat saingan firefox. namun aku cuba mencari apa yang terbaik dari chrome ni.
takut tersungkor diakhir jalan.baru setahun sudah keluar versi 3.
nak kuat pelayarlah tu.
chrome is the best hehe..laju dan smooth
Lepas baca entri ni, sekali lagi aku donlod chrome.. dan kali ini juga, aku pangkah dan bukak firefox balik..
itu maknanya bagi aku, firefox tetap terbaik.. nape la eh.. aduhai.
smooth google. google baru memang rule punya lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!