14Sep

Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata

Google

Nampaknya enjin carian Google, semakin hari semakin menarik. Terkini, anda sudah boleh melakukan carian masa-nyata pada Google dengan mengubah URL mereka serba-sedikit. Melaluinya, anda kini boleh melihat laman web yang dikemaskini kurang 10 saat yang lepas, pada Google.

Google Malaysia
Hasil Carian Untuk Kata Kunci “Malaysia” Pada Google

Untuk menggunakan fungsi terbaru ini, anda hanya perlu klik pada “Show Options”, dan seterusnya memilih hasil carian untuk 24 jam yang lepas. Seterusnya, pada URL hasil carian anda, anda perlu mengubahnya daripada “tbs=qdr:d” kepada “tbs=qdr:n”, dan anda sudah boleh melihat kemaskini untuk seminit yang lepas.

Walaubagaimanapun, dengan menggunakan fungsi ini, anda hanya boleh melihat hasil carian yang serba sedikit, dan bukan kesemunya di perlihatkan sekali. Mungkin ianya masih lagi dalam percubaan, tetapi kini kita sudah dapat lihat yang mana Google turut sama mementingkan hasil carian masa-nyata.


Pendapatan Suku Tahun Ketiga Google
Google Images Di Berikan Nafas Baru
Google TV Bakal Muncul Bulan Ini
Google I/O Ditunda - Menjadi Tiga Hari - Lebih Banyak Produk Google Akan Diperkenalkan?
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

7 Komen

  1. Piratz pada 14 Sep 2009

    Macam2 google wat nak lawan bing

  2. megat pada 14 Sep 2009

    pencapaian yang semakin membanggakan! pengguna pun semakin mudah utk mencari maklumat terkini.

    blogger terasa tersangat beruntung ;)

  3. Eriyza pada 14 Sep 2009

    Ghajin sungguh team kerja Google ni.

  4. MakLaN pada 14 Sep 2009

    Apa kata cuba enjin carian bersifat Islamik, http://www.imhalal.com/

  5. safar pada 14 Sep 2009

    berkerja keras Google.nak lawan dengan bing dan yahoo.tengoklah dulu….

  6. alone pada 14 Sep 2009

    maka kekallah Google sebagai search engine faveret aku. wahaha!

  7. mohdisa pada 15 Sep 2009

    google mamtap…hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader