30Sep

Google Wave Bakal Menggunakan Konsep Viral

Google

Hari ini, Google secara rasminya akan memperkenalkan Google Wave kepada lebih 100 ribu pengguna seluruh dunia. Google Wave yang diperkenalkan pada bulan Mei ini akan membolehkan para pengguna berkomunikasi secara interaktif, selain mengabungkan medium emel, IM, dan komunikasi yang lain pada Wave.

Buat masa ini, beberapa kumpulan akan mendapat jemputan untuk mencuba Google Wave daripada Google, antaranya ialah para pembangun aplikasi yang mana sudah mendapat akses kepada Google Wave sandbox tempoh hari, pengguna Google Apps, serta para pengguna yang mendaftarkan diri pada halaman rasmi Google Wave.

Menariknya, Google juga turut mengumumkan yang mana para pengguna yang telah mendapat jemputan untuk mencuba Google Wave akan diberi lapan lagi jemputan, untuk menjemput rakan-rakan mereka yang lain, sama seperti ketika GMail diperkenalkan. Mungkin Google mengetahui yang mana sebuah aplikasi berkaitan perhubungan dan komunikasi tiada gunanya sekiranya rakan-rakan tidak dapat berhubung antara satu sama lain.


Google Instant Akan Menyokong Perantian Mudah-Alih
Nexus One Yang Pertama Akan Menerima Android 2.3?
Picasa Web Kini Tidak Mengambil Kira Gambar dan Video Bersaiz Kecil
Google+ Menambah Fungsi Yang Dinantikan - Games
Doodle Google Khas Untuk Merdeka Raya Diperlihatkan

5 Komen

  1. Nikuve pada 30 Sep 2009

    um.. making lanjut usianya makin berkembang kemudahannya..

  2. Mantra pada 30 Sep 2009

    Teknik memperkenalkan menggunakan teknik Viral

  3. hazriq ishak pada 30 Sep 2009

    siapa nak invite saya?

  4. safar pada 03 Oct 2009

    apa-apa pun.cuba dahulu.kalau bagus.
    jangan nak bagi tahu aku ye……..

  5. chokilala pada 09 Oct 2009

    aku daripada haritu dah tengok video penerangan berjela google wave ni tapi aku still xpaham lagi konsep dia. hehe. kena tunggu la dulu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader