25Sep

IE8 Hampir 10 Kali Ganda Pantas Dengan Chrome Frame

Google, Microsoft

Beberapa ujian memperlihatkan yang mana Internet Explorer 8 berfungsi hampir 10 kali ganda lebih pantas apabila Chrome Frame digunakan. Melalui suatu ujian yang dilakukan oleh ComputerWorld, ianya memperlihatkan yang mana IE8 adalah 9.6 kali ganda lebih pantas dengan Chrome Frame.

ComputerWorld telah melakukan ujian pada SunSpider JavaScript sebanyak tiga kali dengan menggunakan Chrome Frame, dan tanpa menggunakan Chrome Frame, dan hasilnya memperlihatkan IE8 berfungsi lebih 9.6 kali ganda pantas dengan menggunakan Chrome Frame.

Google pada hari Rabu memperkenalkan Chrome Frame, dimana melaluinya, ia membolehkan pengguna Internet Explorer menggunakan enjin Webkit pada Chrome untuk melayari laman web, sekali gus membolehkan para pembangun laman web menggunakan beberapa fungsi tambahan seperti HTML5 pada laman web mereka.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Microsoft memperkatakan bahawa penggunaan Chrome Frame boleh mengakibatkan sekuriti pada Internet Explorer berkurangan, dan mudah diserang oleh pihak ketiga.


Proses Melabel Emel Di GMail Kini Lebih Mudah
MSN Video Di Jenamakan Semula Sebagai Bing Videos
Hotmail Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru
Android Membawakan Fungsi Sync Music?
Aplikasi Google+ Untuk iPhone Kini Turut Membawakan Sokongan Hangout

10 Komen

  1. KAIZER pada 25 Sep 2009

    Microsoft takuttt la tu..kelemahan Chrome Frame tu boleh diperbaiki.Jom kita pakat guna perisian sumber terbuka…

  2. Azahari pada 26 Sep 2009

    Apapun, sampai sekarang pun saya masih tak caya kat IE… dah berapa kali version cakap lagi bagus dari sebelumnya tapi hakikatnya hampeh… IE crash, computer crash.. baik guna 3rd party..

    baguslah IE nak elokkan browser nye…jangan dok takuk lama lagi..hehe

  3. emptyspace pada 26 Sep 2009

    aku dah pakai.. same je takde beza pun.. ade kene setting ke?

    • aman pada 26 Sep 2009

      ikut web yang wat benchmark tue, dia takde tukar setting kot. hmm.

  4. safar pada 26 Sep 2009

    IE bagaimana nak guna.Os pun
    ada orang pakai Linux.cukuplah
    dengan apa yang ada sekarang.

  5. Qchronicle pada 26 Sep 2009

    huh
    ak dh try ie8 with google frame…..
    ade improvement la…..
    n no need to set up anything
    tp ak prefer guna chorme compare Musang api(firefox)
    muahx5

  6. Adney pada 27 Sep 2009

    Microsoft ntah ape2.. Ade je masalahnyerr.. Diorg banyak sangat pantang larangnyer..

  7. blowie pada 28 Sep 2009

    IE selalu crash la,kalau tak pasal masalah crash aku mmg dah guna IE

  8. baloot pada 28 Sep 2009

    ie byk xleh support css3.. huhu

  9. Mansur pada 01 Oct 2009

    pernah gak dengar sal… chrome frame ni… but belum try gune.. sbb bence IE..

    always with FF and Chrome…

    Anyway good info bro… kite tgk aper lagi google leh buat…
    google no1…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader