17Sep

Buat Panggilan Di Twitter Melalui Jajah@Call

Google

Servis panggilan berasaskan web, Jajah, telah pun memperkenalkan fungsi terbaru mereka, iaitu panggilan Twitter, yang mana membolehkan para pengguna Twitter membuat panggilan percuma sesama mereka dengan mudah, dan yang paling penting, secara percuma.

JAJAH

Perkhidmatan panggilan melalui Twitter ini masih lagi dalam peringkat beta, dan untuk mula menggunakannya, anda dan pengguna yang anda ingin membuat panggilan itu, perlulah menjadi ahli Jajah@Call, selain mempunyai akaun di Twitter. Untuk memulakan panggilan, anda hanya perlu menghantar tweet “@call @namapenggunatwitter” dan ini akan membuatkan komputer rakan anda berbunyi, sekaligus membolehkan anda bersembang secara percuma.

Sama seperti Twitter yang terkenal dengan 140 hurufnya, Jajah@Call didatangkan dengan tempoh panggilan kurang 2 minit. Selesai sahaja tempoh masa 2 minit, panggilan tersebut akan dimatikan, dan anda perlu membuat panggilan kembali.

Sebelum ini, Facebook juga dikatakan akan diperkenalkan dengan fungsi membuat panggilan bersuara, dengan menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Vivox.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.


Program Google Adsense Referral Bersara
Google Memperkenalkan Bandar Rome Dalam Bentuk 3D
Google Kini Memperlihatkan Penerangan Ringkas Pada Halaman Keputusan Carian
Google Memperkenalkan Sokongan Google+ Untuk Pengguna Google Apps
Google+ Menambah Fungsi Sokongan Efek Pada Video Hangout

5 Komen

  1. dendang pada 17 Sep 2009

    wah..nice info nih man…

    selamt hari raya..hehe

  2. megat pada 17 Sep 2009

    wah semakin canggih! semakin tak terlayan la kah3

  3. finalcross pada 17 Sep 2009

    Hmmm,mcm2 inovasi sekarang ni. selangkah lg maju ke hadapan.

  4. kita pada 18 Sep 2009

    guna ym n skype pun dah ok ler :)

  5. safar pada 18 Sep 2009

    masalah sekarang awek aku tinggal luar negara.
    boleh ke buat panggilan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader