Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan hanya lebih kurang 40 hari sahaja lagi untuk pelepasan rasmi Windows 7, ramai yang kini bersiap sedia untuk mencuba sistem operasi versi terkini daripada Microsoft ini. Melalui maklumat terkini, Microsoft memperlihatkan kemaskini kepada Windows 7 boleh mengambil masa sehingga 21 jam untuk selesai.
Walaubagaimanapun, perkara ini bergantung kepada saiz hard disk anda, dan kuantiti data dan aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda. Berikut merupakan jadual ringkas yang memperlihatkan masa yang diambil berdasarkan sistem komputer anda dan kuantiti data yang terdapat pada sistem anda ketika proses mengemaskini dilakukan;

[via]
Jadi, mungkin anda lebih berminat untuk membuat pemasangan sistem yang baru sekiranya anda ingin menjimatkan masa, selain mengelakkan sebarang masalah pada sistem operasi yang baru kelak. Windows 7 akan dilepaskan secara rasmi pada 22 Oktober 2009, membolehkan anda mengemaskini daripada sistem Vista anda, ataupun membuat pemasangan baru pada komputer anda.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tak sabar nak tunggu official release, dengar kate lagi ringan dan lagi bagus
ha’a. lagi ringan dari vista. huhu.
hoho nanti da kua 22oct, aku nak curik satu dari microsoft.. hehe
aku temp ko satu yea kat vearn
Aku pun nak curi gak.huhuhu.Kill-vearn lepas ko dpt curi kt torent tu jgn lupa beritahu ye…:)
kenapa xde org buat perbandingan Win7 dengan Snow Leopard?
Ko xnk buat ke?
hmm. kalo ngan ubuntu, bleh ar. aku takde guna Snow Leopard. Hehe.
tak sabar nak tunggu. skang ni sdg guna lanun punya kahkahkah. memang lebih laju dan ringan. cun!
Ubuntu dan Mac Os teman baru saya.tetap mesra walaupun baru berkenalan….
saya rasa ubuntu belum bersedia untuk general user lagi, betul tak?
windows 7 memang mempersonakan. teringin juga milikinya satu. tp masih tidak berkemampuan. terpaksa meminta bantuan dari kill-vearn. hehe
Macam best je Windows 7 ni. Adakah ini OS yang ditunggu-tungu ittew.
aku dah pakai msdn nye version. stakat ni, masa first time pakai, macam lagi susah dari pakai vista, sebab byk option2 kat control panel tu dah tukar dan disimplifykan. aku pun tengah menyesuaikan diri lagi dengan win7, sebab aku mmg xp user. vista tak minat.
Update daripada Vista pirate boleh jugak ke? Hehe..