13Sep

Laman KerajaanRakyat.com Turut Di Godam

Sekuriti

Semalam, laman MalaysiaInsider telah digodam oleh penceroboh yang tidak dikenali, yang mana meninggalkan mesej berbunyi “Tribute to MalangSial”, dan hari ini satu lagi laman web tempatan turut sama menerima nasib yang sama, iaitu laman KerajaanRakyat.com.

Sehingga sekarang, laman KerajaanRakyat masih belum dipulihkan sepenuhnya lagi. Ini mungkin kerana pentadbir lamannya bukan bekerja 24 jam seperti mana di Malaysian Insider. Semalam, MalaysianInsider mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memulihkan semula laman web mereka seperti asal.

KerajaanRakyat - MalangSial

KerajaanRakyat merupakan salah satu laman web yang menumpukan topik-topik politik. Ianya menggunakan WordPress versi 2.6, yang mana sudah agak ketinggalan. Kini, WordPress 2.8.4 sudah pun dilepaskan oleh pihak Automattic yang mana menyelesaikan pelbagai masalah sekuriti.

Berbeza dengan laman Malaysian Insider semalam, laman Kerajaan Rakyat dilihat seperti diceroboh oleh orang yang berbeza. Ini kerana, hanya pangkalan data sahaja dipadam atau digantikan, berbeza dengan laman Malaysian Insider. Selain itu, walaupun mesej yang ditinggalkan ditujukan kepada MalangSial, bentuk mesej tersebut ditinggalkan juga adalah berbeza dengan semalam.


BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru
Halaman Rasmi Mahkamah Di CuciOtak
Hanya Dua Versi Utama WordPress Mulai Tahun Hadapan
Perisian Sekuriti Norton 2012 Beta Sedia Diuji
WordPress 3.2 Memperlihatkan Folder wp-includes Kepada Umum

18 Komen

  1. megat pada 13 Sep 2009

    ramai pengguna kununnya malas nak update versi kerana menyusahkan. tetapi mereka perlu sedar bahawa dengan keputusan tersebut membuka ruang yang lebih luas untuk penceroboh.

    versi yang di update bukan saja-saja nak update. sudah tentulah ada sebabnya.

    pelik? adakah ini bersangkut paut dgn kejadian terbaru antara malaysia & indonesia!?

  2. Anarm pada 13 Sep 2009

    takkan la xpaham2, update kn bende yg dh dikemaskini..
    maksudnye versi lama ade kelemahan2 tertentu..
    yg dok pkai bende lama lg watpe? update jela, bkn kene bayar pn..
    cmtu pn x reti pikir ke? dh jd cmni kn ke dh menyusahkn diri sendiri.
    adehh..

  3. al-farabi pada 13 Sep 2009

    teknokrat sepatutnya peka dengan segala updates melibatkan web apps. wordpress memang ramai hacker suka sebab dia tak de tujuan comercial.

    tak pelah. mungkin ada sebab apa2 benda tu berlaku. sabar yer wahai webmaster kerajaanrakyat.com

    saya rasa hacker tersebut mungkin dikalangan kaki politik juga. tak kan tukang masak nak serang tukang kebun. tol x? :-)

  4. Eriyza pada 13 Sep 2009

    Kesiannya.

  5. kaizer pada 13 Sep 2009

    malasah godam ni bkn shj boleh berlaku pada laman web je.Window korang tu hati-hati,confirm x update punye.sebab guna pirate.
    Tapi nak taye gak,kalau kita pakai Linux selamat gak ke?takut gak klu org leh hack gak linux ni.Aku guna je bkn pndai sangat pasal linux bila kene hack

  6. iphone 5g pada 13 Sep 2009

    mane pergi hackers malaysia? balas balik…

  7. safar pada 13 Sep 2009

    sakit hati betul bila ayat tu diulang banyak kali.sampai tidur pun tak senang…

  8. alone pada 13 Sep 2009

    web faveret aku nih. haiya.

  9. zool pada 14 Sep 2009

    Bahaya tu.. Kena update wp aku ni

  10. mohdisa pada 14 Sep 2009

    mungkin dorg kurang mengambil tahu isu keselamatan dan malas nak upgrade version wordpress. apa yg aku tahu skg ni version 2.8.4 adalah yg terbaik setakat ini di mana sistem sekuritinya lebih selamat. tp hope fully takda sapa nak godam aku nyer blog. hehe

  11. Sham Hardy pada 14 Sep 2009

    celaka punya inDOG-ni-SIAL!

  12. soulblade pada 14 Sep 2009

    hehe, tak perlu la kita nak balas dendam balik, hanya kerana admin admin kita ni ni tak buat kerja mengupdate app dorang.

    • rieypcha pada 10 Dec 2009

      betul tu soulblade..jgn trs menuding jari.siasat dulu..xkan nak mkn aym goreng kta x msk dlu kan?:)

  13. mrahfa pada 14 Sep 2009

    setuju betul dgn soulblade :-) Kalau laman sendiri tak update, tak boleh nak salahkan orang kan?

  14. infrablue pada 15 Sep 2009

    Malaysian Insider dimiliki oleh spy singapura. brenda pirera, kali & kaki putar dari seberang tambak. mereka mempunyai sokongan kewangan yg kukuh. Nampaknya indon dan rakyat malaysia sendiri tak tahu siapa Malaysian Insider ini.

  15. k.haz pada 17 Sep 2009

    mmg btl nie keje org2 indon sb skrng nie mereka cam anti malaysia plak,,setiap kali negara dia de bencana kite tulong n bg keje kat rkyat dia yg duk kat malaysia,,xreti nk bersyukur lg ker,,bull**** punya indon,,siap nk halau lg rakyat malaysia kat negara dia,,ape kejadah la mamat indon nie,,tp thanx to hacker2 malaysia sb sentiasa blas balik pe yg indon xknang budi buat kat web2 malaysia,,biar padam muke indon xknang budi nie,,sia!!!!!!,,

  16. Adney pada 27 Sep 2009

    diorg x kene lagi ni.. selagi x kene.. suke la diorg


Trackbacks/Pingbacks

  1. Hacker Ceroboh Lamanweb Malaysia | BuletinPC.Com - Buletin Komputer , Internet & Teknologi Online Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader