Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang mengikuti berita berkenaan LiteTheme, iaitu salah satu projek yang dibangunkan oleh pembangun laman Negaraku dan Laman7, Eddie atau yang lebih dikenali sebagai NoktahHitam. Salah satu fungsi menarik yang bakal disokong oleh LiteTheme adalah CSS3.
CSS3 adalah salah satu projek yang sedang dibangunkan oleh W3C, yang mana membawakan beberapa pembaharuan dan fungsi baru dalam bidang rekabentuk web. Walaupun ianya masih belum diperkenalkan sepenuhnya, ianya suatu perkara yang mengembirakan apabila LiteTheme telah menyatakan sokongan kepada CSS3.
Selain daripada itu, LiteTheme juga akan dibangunkan dengan asas jQuery, selain setiap tema premium daripada mereka akan dikekalkan dibawah 100kb, sekaligus mempercepatkan masa untuk membuka sesuatu laman web yang menggunakan tema mereka. Fungsi tambahan seperti TimbThumb.php dan halaman Option khas juga akan diperkenalkan, sama seperti pada tema-tema berbayar yang lain.
Ianya masih belum diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi. Buat masa ini, pembangunnya sedang giat membangunkan tema untuk laman tersebut, selain dalam perbincangan bersama-sama dengan pembangun tema yang lain untuk turut serta bersama mereka. Anda boleh mengikuti perkembangan semasa LiteTheme melalui akaun Twitter mereka.
Pada masa yang sama, KreativeThemes, satu lagi projek tema berbayar dari warga tempatan dijangka akan dilancarkan sebelum Hari Raya AidilFitri, dan berkemungkinan besar, ianya mungkin dilancarkan pada minggu ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut KreativeThemes dan LiteTheme.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Pembuat thema tempatan semakin ramai.satu perkembangan yg bagus…amanz ko bila nak tukar thema ni..:)
Hehe. Dah boring ker ngan layout web aku nie? Huaaa. Duit tarak nak tuka. Huhu.
Ko kan hebat bab design2 ni.Biasa thema berbayar ni brp harga dia?
dalam 5rat ar. Hehe. Aku tukar2 design orang reti ar. Nak wat from scratch, tak mahir lagi. Huhu.
syabas kpd yg terlibat! bangga, bangga!
aku harap apa yang telah dirancang mendapat sambutan dan terus berkembang. harapan aku semoga orang kita menyokong juga akan kewujudan perkhidmatan seperti tersebut.
ps – buat theme dgn aku la murah kah3
yes, sudah semestinya aku akan membeli salah satu theme daripada mereka. aku berminat sgt nak miliki satu litetheme. hehe
Sila beri potongan harga pada pembaca setia blog Amanz.my……
sama-samalah kita tunggu sampai mercun habis.baru beli tema..
malaysia! go… go.. =)