07Sep

Office 2010 Build 4417 Di Laman Torrent

Microsoft, Perisian

Seperti apa yang berlaku pada sistem operasi Windows 7, kini Office 2010 juga menerima nasib yang sama. Versi pembangunan terkini Office 2010 kini terlepas ke beberapa laman torrent, membolehkan para pengguna memuat-turun dan mencubanya terlebih dahulu.

Microsoft Office 2010
Microsoft Office 2010 Word Beta

Aplikasi pejabat Office 2010 yang mula tersebar di laman-laman torrent buat masa sekarang ini adalah versi pembangunan Build 4417, yang mana dilabelkan sebagai versi Beta, dan boleh didapati dalam dua variasi iaitu 64-bit dan juga 32-bit. Sebelum ini, pada bulan Julai, Microsoft telah membolehkan beberapa orang terpilih mencuba Office 2010 melalui Technical Preview, dan selepas itu, tiada sebarang berita kedengaran mengenainya selepas itu.

Buat masa ini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengan Office 2010 yang dilabelkan sebagai Beta ini. Ianya dikatakan, Office 2010 bakal menemui para pengguna pada pertengahan tahun hadapan.


Menarik Sepanjang 2008
MY Rights - Ketahui Hak Anda Apabila Berhadapan Dengan Polis
Demo Windows Store Pada Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan
Antaramuka Metro Dioptimumkan Untuk Bebas Plugin - Selamat Tinggal Flash?
Microsoft Dan Nokia Memudahkan Proses Transasi Pembangunan Aplikasi Windows Phone Dari Qt

11 Komen

  1. Kaizer pada 07 Sep 2009

    Ini nak membuatkan aku nak menorent ni.selepas berjaya menorent window 7.

  2. AK pada 07 Sep 2009

    cambest jer..

  3. megat pada 07 Sep 2009

    erk? dah boleh melanunkan diri kah3.

  4. Azam pada 07 Sep 2009

    saya sendiri sudah menggunakannya..huhu…memang best la.. preview yang saya buat di sini

    http://damhamaza.com/2009/09/02/office-2010-preview/

  5. keiroro pada 07 Sep 2009

    Microsoft Office 2007 pun aku tak habis khatam lagi. Dah ada 2010. huhu. Apa apa pun aku dah ada installer 2010 ni. Hehe. ;D

  6. safar pada 07 Sep 2009

    Bagaimana boleh kena lanun ni.mesti kerja orang yang
    mencuba versi beta tu.terbagi atau dibagikan.hehehehe.

  7. finalcross pada 07 Sep 2009

    Hmm,ape lagi fungsi canggih yg diorg letak kt office 2010 ni? rase mcm da lgkp je office 2007…

  8. Nikuve pada 08 Sep 2009

    Ada juga terperasan Office 2010 Beta dia warez forum. Tapi dead link.

    p.s: blog content ni guna font jenis apa ye? berapa px?

  9. Mus pada 08 Sep 2009

    oic.. dah ada rupanya.. pasti akan ditorrent!

  10. chokilala pada 09 Sep 2009

    aku rasa ms 2007 pun dah cukup power apatah lagi 2010. hehehe

  11. Adney pada 27 Sep 2009

    sebabnye senang jer.. Microsoft ni suke sangat mengecas dalam kebanyakan softwarenyer.. Kedekut sikit Microsoft ni.. tu yg Bill Gates sampai kene baling telor dulu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader