01Sep

Opera 10 Sedia Untuk Di Muat-Turun

Perisian

Akhirnya penantian untuk pelayar web Opera yang terkini berakhir apabila hari ini Opera Software melepaskan secara rasminya pelayar web Opera 10 untuk platform Windows, Mac OS X dan juga Linux. Pelayar web yang didatangkan dalam 43 bahasa ini menggunakan angka pembangunan yang sama dengan RC2 iaitu Build 1750.

opera
Skrin Pemasangan Opera 10

Salah satu fungsi yang baru pada Opera 10 adalah fungsi Opera Turbo, yang mana membolehkan para pelayar web dengan sambungan internet yang rendah membuka sesuatu laman web dengan lebih pantas dan laju berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Opera 10 juga memperkenalkan antaramuka yang diperkemaskan sedikit berbanding versi sebelumnya, selain memperkenalkan evolusi fungsi tab pada pelayar web.

Melalui evolousi fungsi tab, Opera 10 membolehkan anda melihat thumbnail semua laman web yang dibuka oleh anda menggunakan pelayar web Opera. Selain itu, Opera 10 juga dikatakan lebih 40% pantas berbanding dengan Opera 9.6. Prestasi ini dicapai tanpa sebarang penggunaan Opera Turbo.

Bagi para pengguna yang menggunakan fungsi kemaskini automatik pada Opera, pelayar web anda akan dikemaskini kepada versi 10 secara automatik. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memuat-turun fail Opera 10 secara berasingan mengikut platform sistem operasi anda daripada laman Opera Software.


Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter
Firefox 7 Beta Untuk Android Turut Membawakan Peningkatan Pengurusan Memori
RIM Mengumumkan Sistem Operasi Generasi Akan Datang - BBX
Avast 7 RC Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun - Versi Stabil Bakal Menyusul Dalam Beberapa Minggu
Semak Ejaan Bahasa Malaysia Anda Dengan Add-On MyEja Untuk Firefox

16 Komen

  1. mohdisa pada 01 Sep 2009

    yeha, siap sedia untuk di download sebentar nanti. :P

  2. megat pada 01 Sep 2009

    adeh mana satu nak pakai ni?

    tetap dengan firefox! he3

  3. mohdisa pada 01 Sep 2009

    tapi bila ada opera turbo ni buat aku pening kepala pun ada. hurm

  4. safar pada 01 Sep 2009

    kereta turba pernah tengok.opera turbo.bagaimana agaknya.
    kena cuba ni.

    tab opera rasa bosanlah.malas nak pakai tab ni.

  5. Anarm pada 02 Sep 2009

    aku ade try versi yg rc ari tu..
    kualiti gambar kt web jd pecah2..
    adakah opera turbo yg jd punca gmbr tu pecah2?

    • mohdisa pada 03 Sep 2009

      tahu takpa, gambar dikecilkan pixel nya then kasi pecah untuk mudah surfing. tp cam tak best pun ada. hehe

  6. haritz pada 02 Sep 2009

    Mozilla jer

  7. A.K. pada 02 Sep 2009

    opera turbo.. cambest jer..

  8. izzat pada 02 Sep 2009

    macam best je opera10 ni..laju daripada biasa..hoho

  9. Sweet Thinker pada 03 Sep 2009

    tgh guna pun nie. aihhh. sedap 9.0 lg. xmkn minyak. haha. minyak nek 25sen oit <– hits nie! ahhah!

  10. Hafidz pada 04 Sep 2009

    Biasa aku perasan PC-PC yang kat cyber cafe yang pakai opera =P

  11. Mantra pada 04 Sep 2009

    Waw macam menarik jew

  12. catzer pada 05 Sep 2009

    Kena cuba gak ni..sbb skang aku tgh pakai internet siput..

  13. luth textile pada 06 Sep 2009

    cuba dulu!

    • remmy pada 06 Sep 2009

      betul belum cuba belum tau?

  14. eldy pada 06 Sep 2009

    firefox terlalu KUAT untuk dicabar .. Gua kekal saja setia .. xD


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader